Thursday, October 8, 2015

PEMASANGAN METER SAINS

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


18hb SEPTEMBER 2015 yang lalu....

Alhamdulillah.... 10 unit terawal yang telah memohon individu meter mula dipasang. Permohonan yang telah dihantar pada 29 Julai 2015 yang lepas, akhirnya telah mula dipasang ke unit masing-masing. Pihak JMB berharap agar mana-mana unit yang tidak membuat permohonan akan segera bertindak bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti pemotongan meter sedia ada. Pihak JMB amat bertegas terhadap perkara ini kerana ruang tempoh masa yang cukup panjang untuk semua pemilik/penyewa melakukan proses permohonan ini. 

Pihak JMB tidak akan bertanggungjawap atas segala masalah, seandainya masih ada pihak yang berdegil atas perkara ini. Migrasi individu adalah tanggungjawap anda sendiri untuk melakukannya. Pihak JMB membantu mana yang perlu. Sehingga ke saat ini, Pihak JMB masih memberi tempoh hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Nota : dulu masa sebelum ada cerita berkenaan meter individu, semua penduduk beriya2 bercerita tentang air mahal lah, tentang individu meter lagi bagus...sekarang bila dh ada peluang terbuka luas...kenapa tidak memohon? KENAPA?




No comments:

Post a Comment