Wednesday, September 16, 2015

YURAN SENGGARAAN ADALAH KEWAJIPAN PEMILIK/PENYEWA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...


MEMBAYAR YURAN SENGGARAAN ADALAH SATU KEWAJIPAN WAJIB.
Seperti yang semua ketahui apabila membeli rumah yang berstarata ni atau rumah bertingkat ini.... yuran penyenggaraan memang sesuatu yang MESTI masuk dalam perkiraan budget kita. Kalau rasa tidak mahu bayar yuran penyenggaraan, jangan beli rumah beringkat atau jangan duduk menyewa. Ini adalah sesuatu yang MESTI! Tidak payah berbalah berkenaan perkara ini, semua perlu tahu. 

Tindakan yang boleh diambil oleh Pihak Pengurusan, tidak kiralah di bawah Developer ke @ JMB @ MC ke,  jika yuran senggaraan didapati tertunggak.
Dibawah Sections 22 and 24, Bahagian  V dibawah AKTA 663, dan pindaan AKTA PENGURUSAN 2013 (AKTA 757) yuran senggaraan adalah termasuk bayaran berikut
  • Yuran Senggaraan
  • Yuran ” Sinking Fund”
  • Bil air
  • Premium insuran bangunan
  • Cukai Tanah
  • Denda lewat
  • Lain lain bayaran wajib yang ditentukan oleh pengurusan
Orang yang berhutang ditafsirkan sebagai orang yang berhutang dengan pihak pengurusan. Tindakan yang diambil adalah seperti berikut.
TINDAKAN PRA PERUNDANGAN
Pemotongan bekalan air
Pengurusan mempunyai hak untuk memotong bekalan air sekiranya pemilikgagal menjelaskan tunggakan bayaran dalam tempoh 14 hari  dari tarikh  notis dikeluarkan kepada pemilik. Denda penyambungan semula akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan penyambungan hanya akan dibuat selepas semua tunggakan dijelaskan dan denda diselesaikan. Denda yang dikutip akan dimasukkan dalam ” Building Maintenance Fund”.
Pemotongan fungsi kad masuk kekawasan Residensi atau bangunan
Pengurusan mempunyai hak untuk memotong kad access ke bangunan sekiranya pemilik gagal menjelaskan tunggakan bayaran dalam tempoh 14 hari  dari tarikh  notis dikeluarkan kepada pemilik. Denda penyambungan semula akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan penyambungan hanya akan dibuat selepas semua tunggakan dijelaskan dan denda diselesaikan. Denda yang dikutip akan dimasukkan dalam ” Building Maintenance Fund”
TINDAKAN PERUNDANGAN
Jika pemilik gagal menjelaskan tunggakan selepas tindakan pra-perundangan, maka tindakan perundangan akan diambil. Notis rasmi akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan atau pun peguam yang mewakili mereka.
(1) Jika caj penyenggaraan menjadi boleh didapatkan oleh Badan daripada seseorang pembeli menurut kuasa seksyen 23, Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu suatu notis bertulis yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam tempoh, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), jumlah wang atau sebahagian daripada jumlah wang itu masih belum dibayar, Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu notis bertulis selanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu; dan jika selepas tamat tempoh tersebut, jumlah wang yang kena dibayar masih belum dibayar, Badan itu boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa bagi mendapatkan jumlah wang tersebut atau, sebagai tambahan atau sebagai alternatif untuk mendapatkannya di bawah seksyen ini, mengambil jalan keluar dengan mendapatkannya di bawah seksyen 33.
(3) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 25 untuk menyenggarakan dan menguruskan sesuatu kawasan pemajuan, suatu notis yang dihantar oleh ejen pengurusan itu hendaklah disifatkan telah dihantar oleh pemaju atau Badan.
Mendapatkan tunggakan caj
(1) Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam bulan, Pesuruhjaya boleh, atas permintaan Badan, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B Jadual Kedua yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli yang ditemui di dalam petak atau di tempat lain di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
(2) Tiada waran penahanan boleh dikeluarkan oleh Pesuruhjaya melainkan jika Pesuruhjaya telah menyampaikan suatu notis dalam Borang A Jadual Kedua kepada pembeli atau mana-mana seorang daripada pembeli petak itu, jika lebih daripada satu, yang meminta pembeli itu membayar tunggakan itu dalam masa empat belas hari dari penyerahan melalui pos atau penghantaran.
(3) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya yang hendaklah membuat inventori harta yang ditahan itu dan pada masa yang sama memberikan notis dalam Borang C Jadual Kedua kepada orang yang pada masa penahanan itu ternyata merupakan orang yang memiliki harta itu.
(4) Pegawai itu boleh pada waktu siang memecah masuk secara paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan atau mana-mana bahagian petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan penahanan itu.
(5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam masa tujuh hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu hendaklah dijual melalui lelongan awam.
(6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.
(7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat dilaksanakan.
(8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang, pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki harta itu.
Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj- Tindakan COB
Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

No comments:

Post a Comment