TANGGUNGJAWAP JMC

Definasi

“Jawatankuasa”  atau “JMC” ertinya Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 11, AKTA 663

 Jawatankuasa Pengurusan Bersama

(1) Badan (JMB) hendaklah memilih suatu Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh Badan di mesyuarat agung, boleh melaksanakan tugas Badan dan menjalankan urusan Badan bagi pihaknya, dan boleh bagi maksud itu menjalankan mana-mana kuasa Badan.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada pemaju dan tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada dua belas pembeli, yang hendaklah dipilih di mesyuarat agung tahunan Badan dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sehingga pembubaran Badan mengikut seksyen 15, mengikut mana-mana yang terdahulu.

(3) Daripada kalangan anggota Jawatankuasa yang dipilih di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dipilih seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang bendahari.

(4) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa.

(5) Pihak Berkuasa Negeri boleh meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama

(1)  Tugas Badan termasuk yang berikut:
  • untuk menyenggarakan harta bersama dengan sempurna dan menjaga harta bersama itu dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;
  • untuk menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan dan penyenggaraan harta bersama dengan sempurna;
  • untuk menginsuranskan dan terus menginsuranskan bangunan itu sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain sebagaimana yang ditentukan oleh Badan;
  • untuk menggunakan wang insurans yang diterima oleh Badan berkenaan dengan kerosakan kepada bangunan itu bagi bangunan itu dibina semula dan dipulihkan;
  • untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu pada harta bersama, atau yang memerintahkan kerja pembaikan atau kerja lain yang kena dilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau pembaikan lain kepada harta itu;
  • untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar kesemua pembeli bangunan itu;
  • untuk memastikan bahawa Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diauditkan dan untuk menyediakan penyata kewangan yang teraudit untuk makluman kepada pembeli;
  • untuk menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna; dan
  • untuk melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna.

(2)  Kuasa Badan hendaklah termasuk yang berikut:
  • untuk mengutip daripada pembeli caj penyenggaraan dan pengurusan berkadaran dengan unit syer yang diuntukkan bagi petak mereka masing-masing;
  • untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama;
  • untuk mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Badan berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah sebagaimana yang disebut di bawah perenggan (1)(e);
  • untuk membeli, menyewa atau selainnya memperoleh harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan oleh pembeli berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;
  • untuk mengatur dan mendapatkan perkhidmatanmana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan itu;
  • untuk membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna; dan
  • untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini.
(3)  Badan hendaklah disifatkan—
  • bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah perenggan (1)(c), mempunyai kepentingan boleh insurans dalam bangunan itu yang sama dengan nilai gantiannya atau apa-apa nilai sebagaimana yang ditentukan oleh Badan; dan
  • bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah perenggan (1)(d), mempunyai kepentingan boleh insurans dalam hal perkara insurans itu.

(4)  Jika Badan melakukan apa-apa perbelanjaan atau melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah Bahagian ini dilakukan atau berbangkit daripada penyampaian kepada Badan, apa-apa notis atau perintah oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan perbelanjaan atau pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah atau dijadikan perlu oleh sebab apa-apa perbuatan sengaja atau cuai atau peninggalan pada pihak, atau pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang kecilnya oleh, mana-mana pembeli atau penyewanya, penerima pajak, pemegang lesen atau jemputan, amaun perbelanjaan itu yang dibelanjakan oleh Badan dalam melaksanakan pembaikan, kerja atau perbuatan itu boleh didapatkan kembali oleh Badan daripada pembeli itu.

No comments:

Post a Comment