اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar unit-unit di situ.
Maka, Admin berharap jadilah seorang pemilik yang berilmu dan memahami apa yang sepatutnya difahami, serta sentiasa update diri kita untuk menambahkan ilmu dalam diri. Janganlah jadi seperti segelintir individu, dah lah tidak ambil tahu dan peduli, malah bercerita dan menyampaikan berita yang bukan2 pula kepada individu yg lain, sedangkan diri sendiri pun tak tahu apa2. Moga maklumat ini serba sedikit kan menambah pengetahuan kita. In sha Allah.
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari artikel di dalam property magazine.
Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.
Kenapa JMB perlu ditubuhkan?
Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.
Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.
Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.
Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.
Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.
Bagaimana Ahli JMC dipilih?
Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.
Siapakah yang layak mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.
Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.
Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.
Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.
Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.
Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment