Saturday, May 30, 2015

MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN PENUBUHAN JMB

#Throwback

Untuk pengetahuan....
JMB ini berjaya ditubuhkan dengan penuh kepayahan... namun sesuatu yang admin dpt simpulkan bahawa semua ini memberi satu pengalaman berharga buat diri admin selaku orang yang terlibat secara langsung dalam menubuhkan JMB ini. 

Pada dasarnya, pihak Pemaju seharusnya memanggil agar mesyuarat bagi membincangkan penubuhan JMB ini. Tetapi setelah sekian lama, 13 tahun berlalu, Pemaju seperti buat endah tak endah dan pemilik sendiri begitu naif dan tidak sedar akan kepentingan JMB ini. (diri admin juga naif... namun tersedar walaupun agak terlambat, tetapi masih belum terlewat untuk memulakan dan bertindak).

Maka, kerana kesedaran itu, admin dan beberapa orang individu terlibat dalam memulakan langkah awal iaitu En. Abu Samah Bin Jonit, En. Abdullah Ridzwan, En. Aidi Azman, Puan Azizah Ibrahim, Puan Farahizah, En. Rajalingam dan Puan Kristin Manurung, telah menubuhkan Persatuan Penduduk Apartment Santalia. Kami berjaya mengumpulkan beberapa orang pemilik dan penduduk untuk bergabung dan akhirnya dengan Persatuan Penduduk ini, kami jadikan platform untuk memudahkan kami berjumpa dengan COB, Majlis Perbandaran Nilai.

Mesyuarat penubuhan JMB Pangsapuri Nilai Santalia bermula apabila PEMAJU GAGAL untuk memanggil mesyuarat tersebut. Pada ketika itu admin selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Apartment Santalia  telah menghantar surat kepada COB agar diadakan mesyuarat bagi membincangkan penubuhan JMB ini, dan meminta agar pihak COB memberi satu tempoh masa kepada pihak Pemaju agar melaksanakan mesyuarat ini.

Tetapi malangnya, pihak Pemaju tidak mahu bekerjasama dan pada 21hb Januari 2015, bersamaan hari Rabu, jam 2:30 petang, setelah ada sedikit pertengkaran dengan kakitangan "Maintenance Services" di bawah Pemaju, iaitu Encik Mohd Yazid Bin Ariffin, akhirnya mesyuarat bagi membincangkan penubuhan JMB ini berjaya dilaksanakan.

Bertitik tolak dari situ maka, admin sebagai "SESEORANG" yang telah dilantik oleh COB melalui wakilnya pada ketika itu En. Nazri Bin Othman, dengan majoriti undi oleh pemilik yang hadir ketika itu seramai 7 orang, dipertanggungjawapkan untuk memanggil MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB).

Admin akan buat entry berkenaan bagaimana proses yang admin lalui sebagai "seseorang" yg telah dilantik oleh COB, memanggil mesyuarat penubuhan JMB. In sha Allah #throwback penubuhan JMB akan admin kongsi dalam entry yg lain.

Pemilik yang hadir dan wakil COB, Encik Nazri Bin Othman




No comments:

Post a Comment