اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Hari ini admin berkesempatan untuk buat entry #throwback berkenaan bagaimana admin selaku "seseorang" yg dilantik membuat persediaan memanggil untuk Mesyuarat Agung Tahunan Penubuhan JMB ini.
Encik Abu Samah selaku Pengerusi Persatuan Apartment Nilai Santalia banyak membantu dalam penubuhan JMB ini |
Disiarkan dalam akhbar Sin Jew Jit Poh.... berharap agar ada pemilik yang tampil. |
(In sha Allah admin akan buat entry berkenaan pelbagai senario di sini... jika diberi kelapangan...)
Admin ada meminta kerjasama dari Pihak Pemaju, agar diberi daftar nama pemilik di Pangsapuri Nilai Santalia ini, namun mereka tidak mahu bekerjasama, terlalu banyak alasan yang diberikan. Logik ke sebagai Pemaju di Pangsapuri Nilai Santalia ini, mereka kata tidak mempunyai daftar pemilik terkini. Logik ke? Macam tak logik je? Apa2 pun admin tidak berputus asa.
Untuk memulakan sesuatu perkara yang melibatkan orang ramai, mesyuarat dan pelbagi lagi...ianya memerlukan kos yang agak besar. Itu belum lagi dengan MASA, di mana admin memang terpaksa banyak korbankan masa menyiapkan surat menyurat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah keluarga sangat2 membantu dan memahami. Dalam mencari dana untuk menyediakan mesyuarat ini, admin bermodalkan sendiri dan kemudian meminta sumbangan dari beberapa orang pemilik yang faham akan situasi di Pangsapuri ini, alhamdulillah akhirnya admin berjaya mengumpul dana bagi membiayai kos penyediaan mesyuarat agung penubuhan JMB ini.
Itu bab penyediaan mesyuarat, belum lagi bab penduduk di sini yang tidak faham mula buat hal dengan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap JMB ini. Admin terpaksa melayan kerenah penduduk yang tidak faham ini. Itulah ragam yang terpaksa admin hadapi. Tetapi itu semua admin anggap sebagai satu pengalaman berharga. Admin berpendapat untuk buat sesuatu yang baik memang sangat susah untuk orang terima..... ada pengorbanan yang perlu dilakukan! Adat manusia bila ada satu perubahan akan dikritik bagai nak gila, tetapi apabila perubahan tersebut memberi banyak keberuntungan pada diri, dialah yang akan memuji bagai nak gila! Manusia... manusia...
Alhamdulillah... berkat usaha tanpa berputus asa, sokongan dari keluarga dan juga beberapa orang pemilik, akhirnya mesyuarat PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI NILAI SANTALIA berjaya ditubuhkan.
Apa2 pun setelah penubuhan JMB ini, banyak lagi cabaran yg admin tempuh. In sha Allah akn admin buat entry berkenaannya.
Tulisan admin di dalam blog ini adalah pengalaman admin sendiri... semoga ada manfaat...
Alhamdulillah... berkat usaha tanpa berputus asa, sokongan dari keluarga dan juga beberapa orang pemilik, akhirnya mesyuarat PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI NILAI SANTALIA berjaya ditubuhkan.
Di sinilah tempat mesyuarat penubuhan JMB ini... di Dewan Muamalat, USIM, Nilai. |
Tulisan admin di dalam blog ini adalah pengalaman admin sendiri... semoga ada manfaat...
No comments:
Post a Comment