Monday, June 22, 2015

CAJ SELENGGARA RUMAH DIKECUALIKAN GST

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...


~Exempt atau zero rated~


Sekarang mana-mana, siapa-siapa, baik yang muda baik yang tua semua bercakap pasal GST. Baik yang faham, tak faham , buat2 faham atau buat2 tak faham.... semua bercerita pasa GST....

Admin ada menghadiri bengkel yang dianjur oleh MPN berkenan GST ni...Kerajaan bersetuju untuk caj penyenggaran rumah diklasifikasikan sebagai pengecualian (exempt supply).

Output tax = 0
Input Tax = not claimable

Bermakna, perbelanjaan yang dikeluarkan oleh MC kepada service provider (contractor) tetap perlu membayar 6% gst dan tidak boleh dituntut kembali daripada pihak kerajaan.

Akhirnya, MC akan terpaksa menaikkan kadar servis caj bulanan untuk menampung kenaikan kos 6% GST yang harus ditanggung oleh MC.

Tetapi ini semua kalau bangunan tersebut iaitu JMB/MC menggunakan atau melantik agen pengurusan untuk mengurus dan menyenggara bangunan tersebut. Di Pangsapuri Nilai Santalia, bangunan diselenggara oleh JMB sendiri. Isu GST ni tidak timbul...kerana JMB/JMC mengurus sendiri. In sha Allah.... moga JMB Pangsapuri Nilai Santalia ini akan dapat menjayakan kelestarian Pangsapuri Nilai Santalia sekaligus mencapai matlamat untuk mendapatkan strata title dan meningkatkan "value of property".

No comments:

Post a Comment