Monday, June 22, 2015

PENTINGKAH PERJANJIAN SEWA RUMAH???

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum.... salam sejahtera... 

Menyewakan rumah atau apartment sudah pasti jadi salah satu pelaburan harta yang menguntungkan. Tapi sebelum menyewakan rumah atau apartment, ada baiknya membuat persiapan akan beberapa hal agar tidak terjadi masalah di kemudian hari.

Bagi orang yang telah membuat pelaburan harta dengan menyewakan rumah atau apartment merupakan salah satu cara memperoleh "passive income".  Namun perlu dipastikan anda telah membuat persediaan rapi bagi tujuan tersebut, silap langkah anda juga yang akan rugi sendiri. Berikut beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum menyewa rumah atau apartment anda:-

  • Lakukan Pembaikpulihan & Bersihkan
Sebelum menyewakan rumah atau apartment, pastikan Anda melakukan pembaikan terlebih dahulu. Banyaknya kerosakan yang ditemui di rumah atau apartment dapat merendahkan harga sewa. Selain itu sekalipun rumah atau apartment anda dalam kondisi kosong, pastikan kebersihannya terjaga. Faktor keselesaan dan kebersihan biasanya jadi salah satu hal yang membuat bakal penyewa memutuskan untuk menyewa property anda atau tidak.
  • Menetapkan Harga Sewa
Menentukan harga yang sepatutnya merupakan hal wajib dilakukan ketika anda akan menyewakan rumah atau apartment. Lakukan survey terlebih dahulu supaya harga sewa yang anda tentukan tidak terlalu murah atau mahal. Selain itu, kondisi property dan lokasi juga jadi faktor penting penentu harga sewa. Misalnya, jika rumah atau apartment anda terletak di kawasan tempat industri banyak melakukan bisnes, maka harga sewa property anda akan melonjak tinggi.

Persiapan sebelum menyewakan rumah atau apartment anda

1.   Jangka Waktu Sewa
Tetapkan jangka waktu sewa sesuai dengan keinginan anda. Jika memang anda ingin menyewakan rumah atau apartment untuk mencari keuntungan, sebaiknya tetapkan waktu sewa per bulan. Ini memudahkan anda untuk menaikkan harga sewa sewaktu-waktu saat harga property melonjak naik. Tapi untuk keamanan keselesaan kewangan, maka sewa jangka panjang antara setahun atau dua tahun yang lebih baik ditetapkan.

2.   Kenali Penyewa Anda
Semasa menyewakan rumah atau apartment, kenali bakal penyewa anda.  Berhati-hatilah menentukan siapa penyewa harta anda kerana hal ini akan berpengaruh pada kelancaran pembayar sewa dan kondisi harta anda. Penyewa ini ada bermacam-macam ragam.  Misalnya, jika calon penyewa berkeluarga biasanya mereka cenderung cepat mengambil keputusan. Tapi bersiap sedialah rumah atau apartment yang anda sewakan tidak terjaga kerana adanya anak kecil. Jadi, luangkan masa untuk anda menemubual dengan bakal penyewa anda secara ringkas tentang identiti, pekerjaan dan lain-lain hal. Periksa pula kelengkapan dokumen seperti kad pengenalan, dan sebagainya.

3.   Keselesaan dan keselamatan
Pada ketika menyewakan rumah atau apartment, pastikan keselesaan bakal penyewa baru terjamin. Misalnya bila rumah anda pernah disewakan sebelumnya, ganti semua kunci dan akses keluar masuk rumah atau apartment anda. Ini untuk memastikan penyewa lama tidak punya akses keluar masuk lagi.

3.   Buat Perjanjian Sewa
Sebelum menyewakan rumah atau apartment, penting untuk membuat perjanjian sewa. Perjanjian sewa ini dimaksud agar anda dan bakal penyewa dapat mengetahui hak dan kewajibannya masing-masing. Biasanya dalam perjanjian sewa  adalah termasuk masalah jumlah wang sewa yang harus dibayarkan, deposit, jangka waktu sewa, sehingga pembayaran saat ada kerosakan harta anda.

Dengan adanya Kontrak / Perjanjian sewaan hak anda dan penyewa adalah secured dan memudahkan urusan kedua pihak apabila ingin menamatkan sewaan / menaikkan sewaan / menuntut ganti rugi..

sila pastikan anda sediakan kontrak / perjanjian secara bertulis yg melindungi hak anda dan hak penyewa dari segi perundangan.

Perkataan "Kontrak' dari segi undang2 merujuk pada perjanjian yg mengikat antara dua pihak atau lebih.

Perjanjian sewa perlu diambil berat oleh tuan rumah bagi mempastikan hak kedua pihak terjamin. Ianya juga bertujuan melicinkan proses pengurusan pelaburan rumah sewa anda.

No comments:

Post a Comment