اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.... salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini... khususnya semua pemilik unit di Pangsapuri Nilai Santalia.
Hari ini admin berkesempatan untuk buat entry berkenaan EGM ini.
Belum pun sempat apa2 dilakukan selepas penubuhan JMB Pangsapuri Nilai Santalia, dukacita dimaklumkan bahawa Pengerusi JMB telah meletakkan jawatan.
Suka tak suka, susah tak susah... akhirnya EGM ini tetap perlu diadakan untuk melantik Pengerusi baru. Sejujurnya, admin berasa sangat dukacita kerana sikap sebegini bukan sahaja menyusahkan JMB tetapi semua ahli JMC yang lain. Sebenarnya banyak perkara yang perlu dibuat apabila tertubuhnya JMB ini, namun apa kan daya, ini adalah cabarannya. Kerja-kerja kebajikan seperti ini memang banyak cabaran... admin berharap agar semua JMC kuat dan bekerjasama dalam menjayakan JMB ini. Kami, sebagai ahli JMC yang tinggal perlu bersusah payah untuk melaksanakan EGM ini. Bukan mudah... memandangkan tiada sebarang dana lagi.
Admin sedar bahawa kerja-kerja kebajikan seperti ini memang tidak ramai yang serius untuk memikul tanggungjawap, namun kalau tak mampu menyumbang dalam kerja-kerja amal ini, cukuplah hanya memberi sokongan janganlah menambah huru-hara lagi keadaan. JMB Pangsapuri Nilai Santalia ini, baru benar ditubuhkan dan tidak sampai sebulan EGM perlu dilaksanakan lagi. Ini sangat-sangat memberi impak besar kepada ahli JMC yang lain. Di dalam mesyuarat Jawatankuasa yang Pertama, semua ahli JMC telah sebulat suara menetapkan satu tarikh EGM seperti yang telah diumumkan.
Namun admin mengambil hikmah baik dari peristiwa ini. Alang-alang hendak buat EGM, maka JMC mengambil pendekatan agar pada hari tersebut dibincangkan pelbagai perkara, seperti di dalam agenda. In sha Allah... admin berharap agar ramai pemilik dapat hadir bagi menjayakan EGM ini.
JMB ini sebenarnya dimiliki oleh setiap pemilik juga, jadi admin berharap agar semua pemilik di Pangsapuri Nilai Santalia ini sanggup bersama-sama dan menggerakkan dan menjayakan Badan Pengurusan Bersama (JMB) ini. Jangan berharap hanya kepada JMC sahaja, sama-sama berganding bahu agar kelestarian Pangsapuri Nilai Santalia ini dapat diwujudkan dan dikekalkan. Dan yang paling penting agar STRATA TITLE dapat diperolehi.

No comments:
Post a Comment