اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sebagai makluman bahawa kemudahan asas di Pangsapuri Nilai Santalia seperti air dan elektrik masih lagi dibawah nama New View Development Sdn Bhd. Untuk bil Air pihak AV Commercial (bagi pihak pemaju New View Development Sdn Bhd) telah mengenakan kadar meter commercial yang lebih tinggi dari kadar yang telah ditetapkan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) iaitu sebanya RM2.50/meter padu. Ianya terlalu tinggi dan tidak munasabah, membuatkan ramai penduduk di sini tidak berpuas hati tetapi mereka hanya dapat tunduk dengan ketetapan oleh PEMAJU.
Berkenaan meter air individu ini dari tahun lepas lagi.... admin dah dengar tetapi sampai ke sudah pihak pemaju tidak berbuat apa-apa. Pada ketika ini akaun meter pukal masih lagi di atas nama pemaju dan difahamkan pemaju mempunyai tunggakan sebanyak RM47K.
Walaubagaimana pun Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Nilai Santalia tidak bertanggungjawap ke atas segala tunggakan yang telah dilakukan oleh pihak pemaju. Di dalam mesyuarat AJK yang lepas, telah dimaklumkan bahawa MIGRASI METER akan dilakukan di dalam premis Pangsapuri Nilai Santalia ini dan surat pekeliling kepada penduduk juga telah diedarkan ke unit masing-masing.
Bermula 1hb Julai 2015, pihak JMB akan membuat untuk memohon migrasi meter kepada pihak SAINS. Sehubungan itu usaha-usaha untuk menukar meter pukal ke meter individu perlu digerakkan. Migrasi ini adalah bertujuan mendapat kadar kediaman berbanding sekarang adalah kadar komersial. Kita juga mengakui bahawa SAINS adalah pihak yang berautoriti untuk melakukan kerja bacaan meter dan kesalahan bacaan meter adalah terlalu minima. Disamping itu juga ianya juga bagi mengganti meter yang sedia ada sudah menjangkau lebih 10 tahun. Pihak JMB akan memohon pemasangan meter pukal dahulu dan diikuti dengan migrasi meter individu berperingkat-peringkat memandangkan pemilik-pemilik di Pangsapuri Nilai Santalia masih GAGAL dikesan.
Di dalam EGM pada 14 June 2015 yang lepas, telah membuat ketetapan sebulat suara untuk melaksanakan proses penukaran meter air pukal ke meter air individu. Dari kutipan DANA KHAS akan digunakan untuk pemasangan bulk meter JMB.
Kadar caj untuk melakukan proses migrasi meter ini adalah seperti berikut:-
Deposit Bekalan Air : RM 70.00
Caj Sambungan Bekalan Air : RM 42.40 (RM 40.00 + 6% GST)
Borang permohonan SAINS : RM 2.00 (Print dari portal SAINS - free)
Upah pasang, pentadbiran dan pengurusan : RM170.00
Jumlah : RM284.40
Kesemua kos ini ditanggung oleh pemohon.
Semua pemilik perlu menyerahkan dan melengkapkan 3 dokumen kepada JMB Pangsapuri Nilai Santalia sepertimana berikut:
1. Dokumen yang perlu dilengkapkan ialah:
Pertama: Borang Permohonan Bekalan Air
Kedua: Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air
Kedua-dua borang ini boleh didownload,
KLIK DI SINI - PORTAL SAINS
2. Salinan kad pengenalan; dan
Pertama: Borang Permohonan Bekalan Air
Kedua: Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air
Kedua-dua borang ini boleh didownload,
KLIK DI SINI - PORTAL SAINS
2. Salinan kad pengenalan; dan
3. Salinan hak milik strata (jika belum pindah milik, digantikan dengan salinan jual beli).
Peringatan:
Pertama : Pemilik petak diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan
Kedua : Datang ke Pejabat Pengurusan JMB bersama dokumen dan bukti pembayaran memaklumkan No unit dan No. telefon untuk dihubungi serta maklumkan dengan jelas bahawa bayaran tersebut adalah bagi tujuan MIGRASI METER AIR INDIVIDU.
Ketiga : Permohonan kepada SAINS akan dibuat setelah pemilik membuat bayaran dan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pihak JMB.
Walaubagaimanapun terma syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JMB Pangsapuri Nilai Santalia telah ditambah iaitu kriteria keutamaan pemprosesan pemohonan migrasi air iaitu TIADA TUNGGAKAN CAJ PENYENGGARAAN (Dana Khas & maintenance fee)
Sila hubungi JMB Pangsapuri Nilai Santalia di no. 017-3022259 / 012-6668689 / 019-2761504 untuk keterangan lanjut.
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
PANGSAPURI NILAI SANTALIA
B-M-1, Nilai Santalia Apartment
Jalan Nilai Santalia,
71800 Nilai
emel: jmbnilaisantalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment