اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.... salam sejahtera...
Alhamdulillah...akhirnya admin ada kesempatan untuk update berkenaan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 14hb June 2015 yang lepas.
Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, admin berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat pada ketika itu.
Perlantikan Pengerusi Baru JMB Pangsapuri Nilai Santalia....
ENCIK GABRIEL KARL WING
Semoga dengan kehadira beliau akan lebih melancarkan perjalanan operasi JMB.
Mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat berkenaan KUTIPAN DANA KHAS (one off payment) sebanyak RM500 bagi setiap unit yang akan dikutip untuk memulakan operasi JMB. Alhamdulillah semua pemilik bersetuju.
Kutipan KHAS ini akan digunakan untuk:-
- Pembayaran quick rent (cukai tanah) - (bermula 2016)
- Pembayaran permohonan meter pukal SAINS
- Pembayaran permohonan meter TNB common area
- Pembaikkan asset saperti cat bangunan, mengganti dan/atau membaikki pagar, mengganti atap, pembaikkan lift, turap jalan, pemasangan auto gate, sticker dan sebagainya.
Kutipan pertama ini akan JMB gunakan untuk menyelesaikan perkara 1, 2 & 3 dan bakinya akan digunakan bagi menyelesaikan sebahagian item 4.
Pihak JMB meminta agar semua pemilik petak dapat membayar kutipan DANA KHAS ini selewat-lewatnya pada 30hb Jun 2015. Kerjasama dari semua pemilik petak sangat-sangat diharapkan.
Dan pihak pemaju juga telah berjanji untuk menyerahkan daftar nama pemilik berdaftar di Pangsapuri Nilai Santalia ini. Admin berharap jangan janji tinggal janji sebabnya sudah banyak janji ditaburkan sehingga kini masih belum satu pun ditunai. Admin juga difahamkan oleh wakil COB bahawa in sha Allah, Akta 757 akan dikuatkuasakan dalam bulan Julai ini dan sekaligus memansuhkan Akta 663. Admin berasa sangat gembira dan teruja, kerana admin dah buat sedikit pembacaan berkenaan Akta 757 ini, ianya banyak memberi kebaikan kepada semua dan memudahkan JMB dalam menjalankan operasi pengurusan dan penyenggaraan dengan lebih effisien. In sha Allah.
Nota Admin : Kalau inginkan kediaman kita di Pangsapuri Nilai Santalia ini cantik dan terjaga, maka janganlah liat untuk membayar maintenance fee... JMC adalah anggota yang terdiri daripada pemilik juga, mereka juga perlukan dana untuk bergerak.... jadi diharap semua pemilik bersedia memberi dana tersebut untuk kebaikan semua pihak, tambahan pula JMB bermula dengan "0" sen di dalam tabung. Jadi bantulah JMB, jangan harap JMB/JMC ini nak jadikan kediaman di Pangsapuri Nilai Santalia ini ideal seperti yang diharapkan... kerana JMB/JMC bukan "magician".
Antara gambar-gambar yang boleh dikongsi pada mesyuarat tersebut...
Terima kasih kepada semua kerana hadir |
Wakil Pemaju yang turut hadir... |
Sebahagian kecil daripada pemilik yang hadir |
Ahli JMC |
No comments:
Post a Comment