Monday, June 22, 2015

TIADA GERAN STRATA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Kalai cerita pasal geran strata ni.... buat admin geran saje. Memang banyak yang perlu JMB/JMC buat, namun seperti yagn admin pernah nyatakan dalam entry yang terdahulu..... perlu ada seseorang untuk memulakan... langkah untuk memulakan memang susah.....tetapi tetap perlu dimulakan.... 
Berikut admin kongsikan artikel tentang bagaimana susahnya hati pemilik yang membeli rumah tetapi tidak mampu memiliki????? Situasinya sama dengan Pangsapuri Nilai Santalia.


Belum dapat geran strata walaupun PANGSAPURI siap 24 tahun yang lalu~
Bayangkan bagaimana kesusahan pembeli yang terpaksa menunggu geran strata bergitu lama hanya kerana masalah pemaju dengan bank pembiaya projek tidak diselesaikan.
Apabila "construction loan" gagal dijelaskan, bank tidak akan melepaskan 'master title' untuk tujuan permohonan pecahbahagi strata.

Akibatnya, pembeli tak akan dapat geran strata selama mana isu bank dan pemaju tidak diselesaikan. Perbadanan pengurusan pun tidak dapat ditubuhkan.

Kerajaan pusat dan negeri perlu campurtangan selesaikan masalah ini. Pemaju yang tidak bertanggungjawab ini perlu disenaraihitam supaya pembeli tidak menjadi mangsa keadaan.

No comments:

Post a Comment