اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Catatan 1/8/2016 : Dalam sejarah belum lagi sebagai pembeli dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) disaman oleh tuan tanah atas tuntutan kerana menggunakan tanah mereka selama belasan tahun. Yang mana tuntutan mereka adalah kerana mendirikan fencing dan guard house di atas tanah mereka. Logik tak?
Admin sendiri telah pergi beberapa kali bagi tujuan pengurusan kes. Yupppp... admin tidak nafikan memang terlalu banyak prosedur yang perlu kita ikut. Sebagai orang biasa-biasa, memang susah bagi kita melaksanakan prosedur guaman ni. Anyway, admin sendiri personally merasakan sebagai seorang pembeli dan orang yang terlibat dalam penubuhan JMB ini, agak keterlaluan pihak pembeli dan JMB dibebankan oleh perkara yang sepatutnya tidak menjadi bebanan kepada mereka. Ini adalah kerana dalam kes Pangsapuri Nilai Santalia ini, semua pembeli merasa tertipu oleh Pemaju kerana projek yang dijanjikan indah khabar dari rupa. Dan setelah sekian lama lebih kurang 15 tahun, baru JMB dapat ditubuhkan dan akhirnya dengan segala susah payah dengan bebanan @default yang ditinggalkn oleh Pemaju diuruskan dan dilakukan sendiri oleh JMB, dan kini JMB Pangsapuri Nilai Santalia di saman! Logik ke? Tetapi inilah hakikat yang akan ditanggung oleh semua pembeli dan juga JMB Pangsapuir Nilai Santalia.
Admin tidak akan ralat kalau saman ini memang wajar untuk ahli JMB tanggung, tetapi ini kerana semua adalah sepatutnya digalas oleh Pemaju. Namun hanya kerana satu kelemahan dalam JMB, iaitu dalam JMB itu sendiri ada satu tempat untuk wakil Pemaju, yang dalam mesyuarat tidak pernah hadir@"cuci tangan" begitu sahaja, dan akhirnya pihak plaintif mengatakan JMB memanfaatkan tanah mereka. So... no way out, right?
Dahlah JMB tidak mempunyai dana yang banyak, minta menyediakan lawyer kalau nak "defend". Duit untuk penyenggaraan saje dah cukup2 makan, bagaimana JMB nak sediakan lawyer yang hanya nk buka file kes sahaja RM15K. Logik tak???? Mampukah JMB bertahan. Dan paling menyedihkan apabila pihak JMC dengan segala usaha telah cuba menghadapi pertikaian ini, pelbagai usaha dilakukan, admin sendiri telah mewar2kan kepada semua ahli JMB akan option-option yang JMB ada:-
1. Defend bermakna cari lawyer
2. Selesai luar mahkamah bayar tuntutan yang diminta oleh plaintif yang mana semua ahli JMB perlu mengeluar sejumlah wang untuk membayar mengikut kadar masa yang telah ditetapkan oleh plaintif.
3. JID @ penghakiman ingkar yang mana keputusan akan dilakukan oleh mahkamah mengikut kehendak plaintif atau mana yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Namun semuanya tidak memberi kerjasama. Admin rasa sangat penat melayan kerenah-kerenah ini, dan rasa-rasanya admin sendiri asyik perlu berulang-alik ke Mahkamah, jadi admin rasa cukup2 sudah...cukup sampai di sini saja...biar saje semua perkara, biar semua tanggung bersama. Kita tunggu dan lihat. Rasanya admin nak kata putus asa tapi sehingga akhir ni sebelum pengurusan kes yang ke 3 ni...... admin masih berfikir! dan JMC yang lain juga pecah kepala untuk mencari jalan penyelesaiannya.....
Nota admin: Hidup dalam bermasyarakat ni KUAT bila masyarakat itu sendiri bersama dan bersatu hati, namun ianya akan roboh dan terjunam apabila masyarakat berfikir dia hidup untuk diri dia sendiri.
Catatan 19/8/2016 : JMB akan menerima JID@Penghakiman Ingkar...jadi tungggu kanlah keputusannya... nanti... nampaknya sama-samalah hadapi.
Catatan 19/8/2016 : JMB akan menerima JID@Penghakiman Ingkar...jadi tungggu kanlah keputusannya... nanti... nampaknya sama-samalah hadapi.
No comments:
Post a Comment