اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Kerja-kerja mengubahsuai paip di meter utama.... masa zaman pemaju ada 2 meter utama...satu meter untuk kegunaan kediaman dan satu meter lagi untuk rumah kedai. Pihak JMB tidak dimaklumkan berkenaan perkara tersebut dan semasa membuat permohonan meter pukal, pihak JMB hanya memohon untuk satu meter pukal unit kediaman. Ketiadaan meter ini, mungkin tidak terasa untuk beberapa bulan kerana masih menggunakan meter Pemaju.
Tiga minggu yang lepas pihak SAINS telah mencabut meter berkenaan dan meminta pihak JMB untuk membuat permohonan sekiranya ingin menggunakan meter berkenaan. Memandangkan tiada kepentingan untuk memohon kerana deposit tetap jugak diperlu kan jadi JMC bersepakat untuk melakukan bypass pada meter utama yang mana meter paip asal untuk unit rumah kedai disambung ke meter utama unit kediaman.
Alhamdulillah semua selesai. Masalah air untuk unit-unit rumah kedai tiada masalah dan yang paling penting paip-paip di common area dapat digunakan untuk tujuan pembersihan dan menyiram pokok-pokok bunga di premis Santalia. Selesai satu masalah.

SELESAI! |
No comments:
Post a Comment