Thursday, August 11, 2016

TAHUKAH ANDA : Strata Title vs Master Title

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dah lama tak berposting.... banyak kerja yang nak dibuat.... ada masa luang admin share sedikit berkenaan STRATA TITLE ni....

Strata berasal daripada perkataan Stratified. Bermaksud pecah dan jeniskan.
Dalam kes hartanah, ianya bermaksud Pecah Lot.

Ingat tak korang kalau ada orang nak beli tanah, dia akan tanya dah buat pecah lot tak ? Apa yang dia maksudkan ialah, dah dapat Strata Title tak ?

Sebelum strata title atau sebelum pecah lot, gabungan semua blok adalah terletak di bawah satu title yang besar, dipanggil Master Title.

Master Title = Satu kotak Pizza Domino’s yang mempunyai 8 bahagian.
Strata Title  = Sekeping pizza Domino’s daripada 8 bahagian

Kenapa kita perlukan Strata Title?
Ianya penting kerana dengan Strata title itu barulah kita mempunyai hak-hak dan keistimewaan tertentu sebagai tuan tanah, sepertimana yang tertakluk dalam Akta Hakmilik Strata 1985-pindaan 2007
Contoh : apt,flat boleh menubuhkan JMB untuk jaga apt,flat atau kondo korang ni, kalau ada Strata.

Pemaju kadang kadang taknak pecahkan Master Title ni, sebab dia org boleh buat untung lagi melalui Maintenance Office diaorg….yg jaga flat korang.

Sistem Pemetaan Tanah yang digunapakai sekarang ni dipanggi “torrens System” di mana semua bahagian tanah berdaftar dengan seorang pemilik. Jika tanah itu luas dan belum dipecah lot, ianya dipanggil Master Title.

Hakmilik Strata (bangunan bertingkat) atau Hakmilik individu (Landed Prop) (sama aje) dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan.

Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.

Mana lagi lama proses tukarnama, beli yang ada Hakmilik Strata atau Hakmilik Bersama ?
-       Bergantung kepada keadaan.
Utk Master title – SPA akan bermula pada tarikh pemilik tanah/pemaju (Master Title) memberikan kebenaran (consent).

Utk Hakmilik Individu/Strata – SPA bermula pada tarikh di stem.


Nota Admin: Pangsapuri Nilai Santalia masih belum memperolehi Strata Title. Masih dalam proses memujuk Pemaju (ermmmm......classic benar perkataan ni kan?) Tak pasti berapa lama proses untuk mendapatkan Strata Title ini. Kami akan membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat JMC dari masa ke semasa. Itu keutamaan JMC.



No comments:

Post a Comment