Friday, May 20, 2016

PERJUMPAAN PEMILIK

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

#throwback...26 March 2016

Pihak JMB telah mencadangkan satu tarikh di mana satu perjumpaan pemilik diadakan...tetapi malang sekali, kehadiran sangat mendukacitakan. Tujuan perjumpaan tersebut di samping untuk megeratkan silatulrahim.... adalah sebagai preAGM, ada beberapa perkara yang akan dibincangkan dan beberapa proposal dari JMC, mungkin dapat diputuskan dan akan dibawa ke mesyuarat AGM. Namun dengan kehadiran yang tidak memberangsangkan tersebut, JMC tetap dapat menyampaikan matlamat perjumpaan. 

Nota : Admin berharap semua pemilik dapat memberi kerjasama kepada setiap perjumpaan yang diadakan. Admin bukan adakan perjumpaan setiap bulan, tetapi setahun sekali sahaja, namun semua kita memang ada komitmen masing-masing, tetapi fikir-fikirkan seandainya kita mahu harta kita terpelihara dengan baik, siapakah yang layak untuk memeliharanya. Jangan beranggapan Maintenance Fee yang dibayar, kita merasakan ianya  cukup. Admin hanya mahu semua pemilik sedar apa itu JMB.....JMB adalah pemilik itu sendiri. Jangan harapkan orang lain untuk jaga harta benda kita, tetapi kita perlu bekerjasama dengan pemilik lain untuk turut sama menjaga harta benda kita. Untuk meningkat nilai harta kita, kita perlu jadikan harta kita ini berharga, gilap, kilat dan perindahkan. Tidak perlu hanya menunggu sesuatu keajaiban terjadi. Semua pemilik patut arif tentang perkembangan di Santalia Apartment suatu masa dahulu. Harap semua memahami apa itu JMB.... ianya adalah BADAN PENGURUSAN BERSAMA...so siapa yang menguruskan...of course PEMILIK itu sendiri, melainkan JMB itu kaya raya...boleh appoint management company dan PEMILIK-PEMILIK tak perlu buat apa-apa....tetapi tetap MAINTENANCE FEE perlu dibayar dengan sewajarnya. So MAMPUKAH JMB NILAI SANTALIA...buat masa ini? fikir-fikrikan dan selamat beramal!









No comments:

Post a Comment