Tuesday, May 17, 2016

RUMAH SAMPAH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Kerja-kerja mengecat dan memperindahkan rumah sampah telah dilakukan dan admin berharap agar semua penduduk faham akan kegunaan rumah sampah ini. Bukan semua orang dapat mengikut peraturan dengan sempurna. Namun admin yakin akhlak adalah asas dalam kehidupan manusia, tanpa akhlak tidak akan terbentuk insan yang baik dan bersahsiah tinggi. Dan basic kehidupan salah satunya adalah kebersihan dan yang pasti ianya perlu lahir dari hati individu (penduduk) itu sendiri. Sebaik mana sekali pun pengurusan tetapi penduduk itu sendiri mengabaikan asas penting iaitu akhlak tentang kebersihan ianya tidak akan membawa ke mana-mana. 

Peraturan membuang sampah ini bukan sahaja telah diajar sedari kecil oleh ibu bapa malah di sekolah-sekolah dan di univerisiti dan peringkat kehidupan bermasyarakat sekali pun memang telah ditekankan akan kepentingan menjaga kebersihan dan cara membuang sampah. Dan admin yakin setiap insan dalam Santalia Apartment ini (penduduk)  itu sendiri tahu ke mana dan di mana mesti dibuang sampah-sampah tersebut. Rasanya sebanyak mana sekali signboard, banner dan pelbagai paparan iklan diletakkan di dalam kawasan Santalia Apartment ini, tetapi penduduk itu sendiri tidak berakhlak dan menganggap membuang sampah merata-rata adalah perkara biasa...maka ianya tetap sama dan tidak akan ke mana-mana. Jangan sekali penduduk itu bermimpi untuk menjadikan apartment tempat tinggal mereka bersih dan selamat. Kenapa? kerana semua ini memerlukan sokongan dan kerjasama semua penduduk bukan individu tertentu atau pihak pengurusan sahaja. Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Nota : Terima kasih admin ucapkan kepada semua individu yang sentiasa menolong admin dalam admin menguruskan Santalia Aparment ini. Sejujurnya ini adalah pengalaman yang sangat berharga kepada admin bila mana mengambil pengurusan untuk menguruskan Santalia Apartment yang pada ketika admin terima dalam keadaan yang sangat tidak terurus. Terima kasih kepada penduduk yang telah bekerjasama dan mengikut peraturan asas yang sepatutnya memang telah sedia ada cuma tiada penguatkuasaan dan pantauan. In sha Allah... admin berharap akan ada kesinambungan dari semua pemilik-pemilik lain dalam meneruskan pengurusan ini demi merealisasikan Santalia menjadi tempat yang bersih, sihat dan selamat.



















No comments:

Post a Comment