Tuesday, May 17, 2016

MEMBAIKI DAN DAN MENGGANTIKAN TUTUP MAINHOLE


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Semasa admin mengambil alih pengurusan, semua penutup mainhole hilang. Ianya memerlukan kos yang agak besar untuk kerja-kerja pembaikan. Admin cuba untuk menggunakan Duit yang ada dengan sebaik mungkin kerana masa pengambilalihan dari Developer sebelum ini, tiada satu sen duit pun yang diberikan kepada pihak JMB. Atas inisiatif admin dan Encik Abdullah, maka kami membuat cadangan untuk suntikan DANA JMB 2015 daripada semua pemilik aparment Santalia. Alhamdulillah...ianya mendapat persetujuan dari semua pihak. Maka JMB dapat bernafas kerana suntikan dana ini. Kalau nak harap kan Yuran Penyenggaraan (maintenance fee), memang tidak cukup memandangkan unit rumah di sini tidak banyak, iaitu hanya 110 unit termasuk rumah kedai dan unit yang diduduki sehingga hari ini 69 unit.  Unit-unit rumah kedai ianya tidak diduduki dan tidak dapat dikesan pemiliknya. 

Apa-apa pun admin sangat bersyukur kerana masih diberi jalan untuk menguruskan Apartment Santalia ini, walaupun ada terdetik seketika ianya sangat melelahkan admin sendiri kerana masa yang perlu dikorbankan. Tetapi admin berasa sangat gembira apabila apa yang admin usahakan mendapat perhatian dari semua pihak terutama penduduk yang pada mula tidak dapat bekerjasama dan beradaptasi dengan peraturan-peraturan baru. Alhamdulillah..... in sha Allah.... untuk melihat Santalia Apartment menjadi satu kediaman yang Bersih, Sihat dan Selamat akan terlaksana.

Nota : Di mana ada usaha...di situ ada jalan penyelesaian...dn selebihnya bertawakal...








No comments:

Post a Comment