Thursday, August 11, 2016

APAKAH ITU ' harta bersama'

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Mengenali harta bersama yang dikongsi di dalam sesebuah bangunan/kawasan perumahan. Antara contoh harta bersama ialah seperti berikut:-

Tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga harta-harta ini agar sentiasa bekeadaan baik supaya dapat digunakan oleh semua penghuni.

Muafakat membawa berkat.

No comments:

Post a Comment