اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dalam mesyuarat AGM 2 yang lepas, semua yang hadir ingin sekali "menghidupkan" lif yang lama telah mati. Admin sedar betapa pentingnya lif tersebut tetapi sebagai pihak yang menguruskan penyenggaraan tentulah kita akan melihat dari sudut kemampuan JMB itu sendiri. Kalau memang JMB ini ada SUNTIKAN dana besar... in sha Allah lif akan menjadi perkara utama. Nasihat dari kontraktor Hitachi sendiri, bangunan 4 1/2 tingkat tidak perlu ada lif kerana kos penyelenggaraan lif memang tinggi. Tiap-tiap bulan mesti ada maintenance servicing yang perlu dilakukan tanpa gagal. Dan yang pasti setiap bulan duit akan mengalir keluar, dan itu belum lagi dengan penggantian alat-alat ganti. Mereka sendiri telah menasihatkan pihak JMB untuk berfikir semula kalau ingin 'Menghidupkan" lif ini.
Tambahan pula dalam kepelbagaian ragam sikap penghuni apartment itu sendiri yang selalu menjadikan lif tersebut rosak. Cara penggunaan yang tidak beretika menjadi penyumbang untuk duit keluar dengan lebih deras utk kos-kos pembaikan.
Namun pihak JMB tetap mengambil sebutharga dari mereka. Nanti tidak mahu ada mulut-mulut yang berkata-kata di luar. Pihak JMC saje-saje tidak mahu repair lif tersebut. Quotation untuk 1 unit lif mencecah 20K...sanggup tak? Ukur baju di badan sendiri!
No comments:
Post a Comment