Sunday, June 28, 2015

TIPS MENCARI RUMAH SEWA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Sekadar satu perkongsian.... moga bermanfaat..
Tips pilih rumah sewa supaya tidak tersilap perhitungan dalam mencari rumah sewa.


1. Tentukan rumah sewa pilihan

Tentukan rumah yang ingin disewa sama ada rumah teres, rumah flat atau rumah yang lain mengikut kemampuan bajet anda. Carilah rumah yang ingini melalui iklan yang ditampal di suratkhabar, internet mahupun iklan pada rumah itu sendiri. Hubungi tuan rumah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan terperinci seperti di mana lokasi rumah.Sila'survey' harga/kawasan dengan mengunakan  formula 30:5:1
            30 senarai:5 tengok:1 sewa

2. Periksa tahap kewangan

Sila buat temujanji untuk melihat unit rumah tersebut  jangan tergesa-gesa sewa rumah tanpa melihat rumah tersebut. Sebelum turun temujanji, sila pastikan anda telah 'set'  harga yang anda mahu dan ketahui harga sekitar melalui survey awal tadi.

Pilih rumah sewa yang berpadanan dengan gaji. Jangan pulak memilih rumah sewa yang mahal dan kesudahannya tidak mampu untuk membayar sewa setiap bulan. Seeloknya kadar sewa rumah tidak melebihi 30% daripada pendapatan yang diperolehi. Sewalah rumah mengikut kemampuan bak kata orang tua “ukur baju di badan sendiri“.

Ketika membuat perbandingan sila bandingkan dengan adil.
              Cth:             a.Harga rumah sewa yang dijaga dan tidak berjaga berbeza.                                             b.Sewaan rumah dengan perabut dan tanpa perabut juga berbeza.
                                  c.Lokasi rumah juga membuatkan harga berbeza.
                                     Tingkat 1 dan tingkat 11 berbeza  harganya.
                                  d.Saiz rumah juga akan membuatkan harga berbeza.

4. Periksa keadaan rumah

Periksa sendiri keadaan persekitaran luar dan dalam rumah yang ingin disewakan itu. Tetapkan satu tarikh dan masa untuk anda berjumpa dengan tuan rumah dan sekaligus melihat rumah yang bakal disewa. Periksa juga keadaan bilik air, ruang tamu dan juga dapur berada dalam keadaan baik. Tiada sebarang kebocoran. Jika ada, laporkan segera pada tuan rumah.

5. Rundingan bersama tuan rumah

Setelah berpuas hati dengan keadaan rumah, jangan lupa untuk bincang dan runding dengan tuan rumah mengenai beberapa perkara iaitu;
Ambil masa jangan terburu menandatangani sesuatu dokumen, fahami dan banyak bertanya.
Berapa bayaran sewa dan deposit rumah?
Bagaimana pembayaran deposit dan juga bulanan?
Bagaimana jika berlaku kerosakan?
Bolehkah jika ingin melakukan pengubahsuaian?

6. Pastikan anda punyai resit pembayaran dan penerimaan kunci dsb. Pastikan dokumen tersebut akan di matikan stem. Mohon owner/agen kembalikan dalam tempoh sebulan paling lewat. Jika tidak mohon dengan baik atau masih gagal boleh hubungi tribunal pengguna.

7.Simpan segala rekod transaksi pembayaran, resit dan dokumen perjanjian.
15.Mohon pada Allah di lindungi dari segala becana dan yakin pada Allah akan Rumah terbaik oleh Allah akan diperolehi selagi kita sentiasa ikut hati kita pada Allah s.w.t (Selalu solat taubat dan hajat)

No comments:

Post a Comment