اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.... salam sejahtera...
Alhamdulillah 1hb Julai 2015.... BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI NILAI SANTALIA dengan secara rasmi mengambil alih pengurusan daripada Pemaju. Admin diserang sekali lagi dengan ancaman... mengkhianati kereta milik admin...namun admin doakan "orang yang berbuat khianat" kepada admin diberi balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Mungkin di dunia mereka akan lepas tetapi tidak di AKHIRAT sana. Sesungguh ALlah SWT amat adil seadil adilnya. .Tungguuuuuuuuuuuuu.....
Sebelum hari ini.....Alhamdulillah, namun semuanya dapat diuruskan dengan baik... banyak perkara yang telah admin dan team JMC yang aktif lakukan.... walau pun banyak cabaran...in sha ALlah kalau Allah SWT izinkan pasti ianya akan terjadi mengikut perancanganNya jua. Kali ini admin sekali lagi telah diberi ancaman oleh "puak-puak" yg tidak suka dengan kewujudan JMB ini. Rasa seperti "down" juga admin rasa tetapi berkat dari org2 yg sangat sayang dan prihatin dgn admin... akhirnya hari ini admin mengorak langkah seterusnya. Admin sedar untuk melakukan sesuatu yang baik bukan semua orang suka, orang suka mengkritik tetapi tidak pernah untuk memberi solusi. Ikutkan hati admin mahu je admin cakap... dah lah saya nak tolong property anda banyak pulak hal...dah ada property tak tahu pula nak jaga... nak harap orang jaga tetapi tidak tahu bekerjasama.... yang penyewa tak sedar diuntung, dah lah kita nak jadikan tempat ni indah, cantik dan bernilai tinggi dia pulak suka-suka hati nak mengata-ngata kita.... dah lah bukan pemilik banyak bunyi pulak.....haaaaaaa.....itu ayat yang ingin admin lontarkan ketika sedang beremosi tetapi ianya tidak pernah keluar dari mulut admin.... Admin sedar semuanya akn berlalu seperti ditiup angin sahaja. In sha Allah perancangan Allah SWT adalah yg terbaik.... admin yakin pasti ada "SESUATU" dalam diri admin, maka Allah SWT telah memilih admin menjadi "perintis" kepada JMB ini. In sha Allah.
Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya datang dari Allah سبحانه وتعالى. Sekalipun sesuatu yang sukar, boleh menjadi mudah jika Allah سبحانه وتعالى mengkehendakinya. Apa-apa pun semoga segala perncang berjalan dengan baik.
Perkara baik dipermulaan hari yg baik adalah urusan penukaran meter pukal berjalan lancar, yang mana admin diberitahu bahawa pihak SAINS hampir memotong bekalan air oleh pemaju kerana pemaju telah tertunggakan hutang sebanyak 47K. Semalam admin telah berjumpa pihak SAINS, dan hari ini berjumpa dengan pegawai atasan SAINS untuk meminta penangguhna pemotongan bekalan sehingga meter pukal JMB selesai. Alhamdulillah semua nya dipermudahkan.
Penukaran nama meter pukal juga begitu. Akhirnya Penukaran meter telah mendapat kelulusan TNB. Alhamdulillah.
ADMIN INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA INSAN YANG SANGAT ISTIMEWA BUAT DIRI ADMIN....Suami dan anak-anak.... MEREKA SANGAT-SANGAT MEMAHAMI.... AKAN TANGGUNGJAWAP ADMIN INI.
Nota : In sha Allah....admin akan buat #throwback PASCA PERALIHAN... admin akn belanja gambar-gambar yg dpat memberi cerita tanpa bahasa....
No comments:
Post a Comment