Wednesday, July 29, 2015

HIDUP...TAPI DALAM TONG SAMPAH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Alhamdulillah...entri kali ini... admin ingin sangat memaparkan akan sikap penduduk di Pangsapuri Nilai Santalia. Membuang sampah merata-rata... rumah smapah telah disediakan, notis telah ditampal dan akhirnya dikoyak. Ini ingin menunjukkan sikap protes kepada JMB. Tidak mengapa... apa2 pun sikap protes yang ingin dan tleah ditunjukkan oleh penduduk ianya bukan memberi impak kepada JMB sahaja tetapiu kepada seluruh unit Pangsapuri ini... Fikir2kanlah wahai penduduk Pangsapuri Nilai Santalia....Apa-apa pun hidup tanpa bersikap memang tidak ke mana..... Kalau skrg anda buat begitu , lambat laun tidak mustahil generasi anda juga bersikap begitu... bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..... Kata kunci pada entri kali ini KEBERSIHAN....  Sebaik sahaja Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil alih pengurusan, perkara pertama yang JMB/JMC lakukan adalah GOTONG ROYONG PERDANA.

Memang ada orang yang tidak kisah hidup di tempat yang kotor, ada orang tidak tahu yang dia tinggal di tempat yang kotor, ada orang suka biarkan orang lain tinggal di tempat yang kotor.  Ada orang yang sengaja jadikan tempat tinggal mereka sebagai tong sampah. Mereka sesenang hati dan sepuas hati membuang sampah dan membuat kotoran di tempat tinggal mereka sendiri. Inilah orang yang hidup dalam TONG SAMPAH.

Sikap penduduk yang suka hidup dalam tong sampah, atau tidak kisah kalau hidup dalam tong sampah menambahkan lagi  kerumitan terutama kepada BADAN PENGURUSAN BERSAMA.... Buatlah macam mana, buatlah pelbagai aktiviti gotong royong tetapi ada segelintir penduduk yang tidak menjaga sikap membuang sampah merata-rata, ikut suka hatinya sahaja.. inilah yang akan merumitkan kerja pengurusan JMB. Kesedaran untuk hidup dalam BERSIH ini yang tidak ada lagi dalam masyarakat di Pangsapuri Nilai Santalia, dan ramai orang yang tidak ambil kisah, dan tak ambil peduli dan tidak ambil peruah mengenai perkara seperti ini.

Nota: Di Pangspuri Nilai Santalia.... terdapat segelintir penduduk yang menentang kewujudan JMB... mereka membuang sampah dan sengaja membuang sampah untuk menunjukkan protes mereka kepada JMB. Tetapi malang sekali, mereka tunjuk protes pada tempat yang salah. Macam mana protes pun JMB adalah satu Badan yagn diperakui dan dilindungi oleh AKta 757. Jadi tak payah buat provokasi banyak2, tiada menguntungkan sesiapa. Kepada penyewa... minta muhasabah diri JMB ini adalah satu Badan yg diiktiraf Kerajaan. Tak Payah susah2 tunjuk perasaan dan pelbagai perasaan. Sama2 jaga tempat di mana kita duduk/tinggal bukan tunjuk samseng tak bertempat.

Biar gambar berbicara....
Keadaan yg memang menjijikkan...

Apabila penduduk menunjukkan sikap protes kpd JMB tidak bertempat...

Notis peringatan sudah diberi... dikoyakkan... peraturan tidak
diikuti. Jgn salahkan JMB atas perkara ini......

Lihat...sampah yang dihumabnkan dari tingkat atas...



Buang sampah dari tingkat atas...

Rumah sampah telah disediakan, tapi di sini jgk nak buang

Lihatlah...mana2 pun ada sampah

Lihatlah...bagaimana sikap penduduk

Notis larangan buang samapah dikoyakkan.

Kucing memang banyak... ini pun jadi satu masalah...
Lihatlah..... turunkan sampah dengan tali... Inilah sikap penduduk..

No comments:

Post a Comment