Saturday, July 25, 2015

ACARA GOTONG ROYONG PERDANA 2015 Part 1

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...
#throwback.....

Alhamdulillah... ACARA GOTONG ROYONG PERDANA 2015, telah berjalan dengan jayanya. Walaupun agenda JMB tidak kesampaian seperti yang dirancangkan, namun kami bersyukur bahawa masih ada segelintir pemilik dan penduduk yang MENGHARGAI program ini. Dukacita sekali kerana Tema gotong royong ini adalah PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT.... tetapi PEMIMPIN tidak hadir... secara peribadi admin berasa sangat tidak wajar kerana kehadiran YB Adun Labu, Dato' Haji Hashim Bin Rosdi telah disahkan oleh PA nya sendiri pda 3hb Julai 2015. Pihak JMB berasa sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran beliau, tetapi pada hari yang dinantikan beliau tidak kunjung tiba. Malah admin sendiri menghubungi Pilotnya Encik Yusri, tetapi tidak ada jawapan. Berkali-kali admin hubungi tetapi masih tidak mendapat jawapan. Admin juga menghubung no personal YB tetapi tidak dijawap. AKhirnya kami membuat keputusan untuk teruskan program kira-kira jam 9:30 pagi. Memandangkan program pada bulan Ramadhan, jadi "kick off" perlu dijalankan seawal yang boleh..... alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Apa-apa pun, secara peribadi admin tetap merasakan bahawa tindakan YB Adun Labu adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Kalau pun beliau tidak dapat hadir, maklumkanlah kepada pihak JMB kerana persediaan sudah tentu pasti telah diatur oleh Pihak JMB kerana PA beliau telah mengesahkan kehadiran. Rakaman percakapan beliau juga ada admin simpan...(manalah tau kalau ada yg tidak percaya... I Dunno.). Mungkin tulisan admin akan membuat sesiapa yg berkenaan terasa tetapi ianya memang benar. Sikap pemimpin yang sebegini serba sedikit akan memberi impak besar kepada rakyat jelata. SIAPALAH PEMIMPIN TANPA RAKYAT JELATA. Masa nak pilihanraya nanti bukan pemimpin yang akan vote, tetapi rakyat! 

Pihak JMB merakan ribuan terima kasih kepada: 
1. MAJLIS PERBADANAN NILAI, Unit Perlesenan, Encik Zahiruddin dan support team nya yg telah hadir dan menjayakan program gotong-royong ini.

2. PERBADANAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

3. ENCIK ABDULLAH & FAMILIES

4. MR. PETER TAN AND GROUP

5. PUAN HANIZAH

6. PUAN VASUGI & FAMILIES

7. ENCIK GABRIEL KARL

8. MR. LOH KENG PENG

9. PUAN FARAHIZAH & FAMILIES

10. ENCIK MOHD SHAIFULL 'ADHAM

11. ENCIK ABU SAMAH BIN JONIT 

12. ENCIK SHARIFF BIN MAHMOD

13. ENCIK MOHD NOR (A-2-09) DAN SEORANG PENDUDUK yg tidak sempat sy tanya nama.

Nota : Admin berharap program seperti ini mendapat sedikit tempat di hati setiap pemilik dan penduduk... ke arah KOMUNIT BERSIH, SIHAT & CERIA!

No comments:

Post a Comment