Friday, July 24, 2015

BUAL SANTAI.... MAINTENANCE OH MAINTENANCE

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Alhamdulillah.... secara rasminya Badan Pengurusan Bersama telah mengambil alih pengurusan di Pangsapuri Nilai Santalia. Secara dasarnya, hampir semua pemilik faham akan kewujudan Badan Pengurusan Bersama (JMB) ini. Ada juga yang tidak faham, tetapi akhirnya apabila diberi kesedaran, alhamdulillah mereka faham. NAMUN MASIH RAMAI LAGI, PEMILIK YANG TIDAK DAPAT DIKESAN.

Pada admin, hidup ini mudah, kalau tidak tahu bertanya dan kalau tahu buat sesuatu untuk memperbaikki apa yg perlu dibaiki atau ditambahbaikkan. Bukan menyerang atau mengadu domba antara satu sama lain. 

Update terkini, 24 July 2015, hanya seramai 19 unit sahaja yang telah membayar Maintenance Fee... (dgn yuran penyenggaraan sebegitu, bolehkah menyenggara bangunan, sekuriti, cleaner dan clerk? Mohon fikir2kan....

Kalau pemilik tahu, dan faham akan JMB dan ahli JMC yang aktif ini mereka akn rasa perlu berterima kasih tak terhingga kepada ahli2 JMC yg aktif ini. Mereka  (JMC aktif) bkn dibayar gaji, atas semua ini tetapi mereka semua ini buat atas kepentingan bersama..... menjaga hak milik sendiri dan juga orang lain dan menuntut agar Developer membuat proses permohonan strata secepat mungkin. Menjaga bangunan dari segi kebersihan dan keselamatan, ianya bukan kerja yang mudah, terpaksa menggunakan tenaga dan memberikan masa kepada perkara-perkara JMB ini. Jadi admin berharap walau pun JMB ini ada anggota JMC nya...jangan biarkan hanya anggota JMC ini yg memikul segalanya... tetapi turut sama ambil tahu kerana harta ini milik anda semua bukan anggota JMC semata-mata. Ada banyak perkara lagi yang perlu diuruskan di Pangsapuri Nilai Santalia ini. Anggota JMC terpaksa berhadapan dengan kerenah penduduk yang tidak bertanggungjawap, dan pelbagai sikap NEGATIF yang perlu ditangani dari masa ke semasa.

Di harap semua pemilik sedar dan faham bahawa JMB itu adalah PEMILIk SENDIRI, jangan hanya berharap org lain yg perlu jaga harta kita, tetapi sama-samalah turun  padang. Sama-sama ambil tahu. Yang jauh berikan bantuan sekadar mampu, yang dekat datang menjenguk dan bertanya khabar dan memberi idea-idea baru, jangan asyik menunding jari kepada anggota JMC.... kalau rasa anda@pemilik mampu buat yang lebih baik, jadi masa AGM nanti datang...calonkan diri..... sendiri je lah yang jd JMC .... 

Apa-apa pun admin berharap, semoga dipermudahkan segalanya.

KE ARAH KOMUNITI BERSIH SIHAT DAN CERIA.... in sha Allah

No comments:

Post a Comment