Saturday, July 25, 2015

CORAT CORET METER AIR SAINS

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Bercakap mengenai meter SAINS... aduhai macam-macam kerenah birokrasi yang pihak JMB terpaksa hadapi. Admin sendiri berulang-alik ke pejabat SAINS saja dah beberapa kali kemudian diminta suruh pergi ke Ibu Pejabat SAINS seremban 2 pula.... memang banyak hal dengan permohonan meter SAINS. Pada mulanya admin pergi buat permohonan, admin diberitahu bahawa meter pukal Developer, New View Development telah bertunggak sebanyak 47K, pihak SAINS bahagian pemotongan telah mendapat arahan untuk memotong bekalan air. Oleh kerana itu, pihak JMB meminta agar diberi penangguhan kerana pihak JMB baru sahaja mengambil alih pengurusan. Oleh dasar itu, pihak SAINS telah meminta agar pihak JMB membuat surat permohonan dengan kadar segera kepada Pengarah SAINS.  

Surat permohonan telah dihantar berhubung penangguhan pemotongan tersebut sehingga meter SAINS JMB selesai proses permohonannya. Kami dimaklumkan bahawa proses permohonan Meter SAINS telah diluluskan dan meminta agar datang untuk membuat pembayaran deposit. Belum sempat Pihak JMB buat bayaran deposit, selang beberapa hari, pihak JMB mendapat panggilan dari SAINS bahawa permohonan JMB untuk meter pukal terpaksa ditangguhkan. Encik Mohd Roslan Bin Hamzah dari SAINS telah meminta agar pihak JMB berjumpa pengarah SAINS dengan secepat mungkin untuk berbincang.

Admin dan Pengerusi telah membuat temujanji dan akhirnya kami berjumpa dengan Pengarah SAINS, Tn. Hj. Wan Rasdi bin Wan Ismail di Pejabat Pengarah SAINS Seremban 2. Admin ringkaskan intipati perbincangan kami ............... beliau menyatakan permohonan kami ini tidak dapat dibuat melainkan Pihak Developer, New View Development Sdn. Bhd. membayar jumlah tunggakan atau Pihak JMB yang membayar semua jumlah tunggakan tersebut. Admin berasa sangat tidak puas hati dan lontarkan pendapat bahawa pihak JMB baru sahaja mengambil alih pengurusan dengan kosong (0) dana yang ditinggalkan oleh Pemaju, mana mungkin pihak JMB mampu untuk melunaskan tunggakan tersebut dan pihak JMB tidak akan membayar jumlah tunggakan berkenaan kerana ianya adalah atas nama pemaju bukan nama Badan Pengurusan Bersama (JMB). Namun, beliau tidak mengendahkan dan tetap dengan keputusan bahawa proses pemotongan bekalan akan dilakukan selepas Hari Raya nanti. Malah beliau menasihatkan pihak JMB mendesak Developer untuk membayar tunggakan tersebut. Secara peribadi admin merasakan tindakan Pengarah tersebut seperti menjadikan pihak JMB "kambing hitam" bagi mengutip jumlah tunggakan tersebut. Persoalannya:
1. Kenapa pihak JMB yang perlu menanggung jumlah tunggakan tersebut? 
2.Kenapa jumlah tunggakan tersebut tidak dikutip sedari awal daripada Pemaju memandangkan jumlah tersebut sangat besar, 47K? 
3. Tidak kah SAINS ada garis panduan untuk memotong mana-mana client yang tidak membayar dalam kadar masa tertentu?

Kami keluar dari bilik Pengarah dengan rasa agak terkilan, namun admin tidak akan rasa berpuas hati setakat itu. In sha Allah... pasti ada jalan. Pada ketika entri ini ditulis, admin sedang menanti keputusan dari SPAN berhubung permasalahan meter SAINS ini. In sha Allah, mengikut kata tukang paip... masalah Pangsapuri Nilai Santalia ini akan dapat di atasi. In sha Allah.

As at 25 July 2015... Pihak JMB masih menanti jawapan dari SAINS.... dan sehingga kini bekalan air masih dibekalkan kepada semua penduduk.

No comments:

Post a Comment