Friday, October 9, 2015

MEMBAIKKI PAGAR DI SEKELILING SANTALIA APARTMENT

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


#THROWBACK 
8HB SEPTEMBER 2015

Alhamdulillah ..........Kerja-kerja membaikki pagar telah dilaksanakan.... sumbangan dari Pemilik, Mr Peter Tan dan Mr. Goh. Pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah sudi menyumbang untuk membaikki pagar keliling Santalia Apartment. Jasamu dikenang!

JMB bermula dengan 0 dana, namun atas semangat dan inisiatif JMC dan pemilik-pemilik, admin yakin Nilai Santalia Apartment akan dapat dibangunkan semula. Semoga impian admin sendiri dan juga semua pemilik dan juga penduduk di sini menjadi kenyataan... untuk menjadikan Nilai Santalia Apartment satu kediaman yang selamat, selesa dan sihat untuk di diami. In sha Allah.

Nota : Admin dapat merasakan keselamatan dan keselesaanya. Kalau dulu agak takut untuk berjalan di bawah sendirian, membawa anak2 bermain di playground, dan masyarakat pun tidak sapa menyapa..... tetapi skrg tidak lagi.











PEMASANGAN PAPAN TANDA JMB

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

3hb Oktober 2015

Kerja-kerja memasang papantanda JMB, banner dan papan tanda keselamatan telah dilaksanakan.... 

















Newlook of Nilai Santalia Apartment!

Thursday, October 8, 2015

PEMASANGAN METER SAINS

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


18hb SEPTEMBER 2015 yang lalu....

Alhamdulillah.... 10 unit terawal yang telah memohon individu meter mula dipasang. Permohonan yang telah dihantar pada 29 Julai 2015 yang lepas, akhirnya telah mula dipasang ke unit masing-masing. Pihak JMB berharap agar mana-mana unit yang tidak membuat permohonan akan segera bertindak bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti pemotongan meter sedia ada. Pihak JMB amat bertegas terhadap perkara ini kerana ruang tempoh masa yang cukup panjang untuk semua pemilik/penyewa melakukan proses permohonan ini. 

Pihak JMB tidak akan bertanggungjawap atas segala masalah, seandainya masih ada pihak yang berdegil atas perkara ini. Migrasi individu adalah tanggungjawap anda sendiri untuk melakukannya. Pihak JMB membantu mana yang perlu. Sehingga ke saat ini, Pihak JMB masih memberi tempoh hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Nota : dulu masa sebelum ada cerita berkenaan meter individu, semua penduduk beriya2 bercerita tentang air mahal lah, tentang individu meter lagi bagus...sekarang bila dh ada peluang terbuka luas...kenapa tidak memohon? KENAPA?




PROGRAM BAKAR LEMANG SEMPENA AIDIL ADHA 1436H

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



#throwback

Program bakar lemang yang berlangsung pada  23hb September 2015 yang lalu, di mana program ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk. Walaupun di hadiri oleh beberapa orang sahaja penduduk, namun program tersebut tetap berjalan lancar.

Nota : admin berharap apabila program-program seperti ini diadakan, penduduk dapat memberi sokongan dan kerjasama....







       


















            






Thursday, October 1, 2015

PENGUATKUASAAN STIKER KENDERAAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 




Pihak pengurusan JMB sedang giat mengagihkan borang permohonan stiker kepada semua penduduk di Pangsapuri Nilai antalia. Minta kerjasama dari semua penduduk agar menghantar borang permohonan kembali ke pejabat urusan JMB atau menghubungi Setiausaha.

Penguatkuasaan penuh penggunaan stiker ini adalah pada 1hb November 2015 sehinga 31 Disember 2016. 

HARGA STIKER:
Kereta      : RM10
Motorsikal : RM 5


Nota : Diharap penggunaan stiker ini akan dapat menlancarkan perjalanan keselamatan di Pangsapuri Nilai Santalia ini. Di harap pihak securiti akan lebih effisien dalam melakukan kerja-kerja mereka.





Tuesday, September 29, 2015

REPAIR PAIP SAMBIL BERSIH LONGKANG! Serampang 2 mata

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Kerja-kerja membaikki paip meter untuk "common area" giat dilakukan. Pihak JMB mengambil kesempatan dari itu, membersihkan longkang yang tersumbat. Dan untuk pertama kali kawasan longkang di luar premis Santalia yang mana ianya sepatutnya berada di bawah seliaan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bersih.

Seingat admin selama lebih 13 tahun, longkang di luar pagar premis Santalia memang tidak pernah ada pekerja-pekerja pembersihan dari MPN melakukan kerja-kerja pembersihan di longkong berkenaan. Longkang berkenaan penuh dengan tanah, dan sampah sarap. Admin sendiri pernah menghubungi MPN dan bertanya akan hal itu, mereka minta admin menghubungi SW Corp.. Dan SWM ada memberitahu bahawa Jalan Nilai Santalia belum di "handover" kepada SW Corp....pening2... anyway Pihak bertanggungjawap, minta agar dapat memberi kerjasama.

Sekarang ini, longkang dah bersih di kawasan Premis Santalia...minta pantau ye!


Banjir buatan!




Pihak bomba dipanggil utk membantu

Longkang yang telah  dibersihkan... hikmah disebalik meter pecah!

Bersih!