Tuesday, September 29, 2015

REPAIR PAIP SAMBIL BERSIH LONGKANG! Serampang 2 mata

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Kerja-kerja membaikki paip meter untuk "common area" giat dilakukan. Pihak JMB mengambil kesempatan dari itu, membersihkan longkang yang tersumbat. Dan untuk pertama kali kawasan longkang di luar premis Santalia yang mana ianya sepatutnya berada di bawah seliaan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bersih.

Seingat admin selama lebih 13 tahun, longkang di luar pagar premis Santalia memang tidak pernah ada pekerja-pekerja pembersihan dari MPN melakukan kerja-kerja pembersihan di longkong berkenaan. Longkang berkenaan penuh dengan tanah, dan sampah sarap. Admin sendiri pernah menghubungi MPN dan bertanya akan hal itu, mereka minta admin menghubungi SW Corp.. Dan SWM ada memberitahu bahawa Jalan Nilai Santalia belum di "handover" kepada SW Corp....pening2... anyway Pihak bertanggungjawap, minta agar dapat memberi kerjasama.

Sekarang ini, longkang dah bersih di kawasan Premis Santalia...minta pantau ye!


Banjir buatan!




Pihak bomba dipanggil utk membantu

Longkang yang telah  dibersihkan... hikmah disebalik meter pecah!

Bersih!

Thursday, September 24, 2015

SALAM AIDIL ADHA 1436H/2015

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI PANGASAPURI NILAI  SANTALIA....




indah langit kerana pencerahan

indah laut kerana kebiruan
indah aidilfitri kerana sebuah kemaafan
indah aidiladha kerana sebuah pengorbanan

Sunday, September 20, 2015

MEMBAIKKI "mainhole" TERSUMBAT

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


MACAM-MACAM ADA DI DALAM MAINHOLE NI... wahai penduduk Pangsapuri Nilai Santalia, jagalah sikap, duduk di rumah berstrata ni, janganlah fikirkan tentang diri sendiri sahaja, fikirkan orang di atas, di bawah, di tepi di belakang, di depan, di kiri dan kanan... janganlah jadikan mainhole tu tong sampah... segala benda nak dibuang di dalamnya...bantal, botol, diapers, pads, dan sebagainya...

FKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....

















NOTIS UNTUK KENDERAAN USANG/TERSADAI oleh MPN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Memandangkan di Pangsapuri NIlai Santalia telah menjadi seperti gudang menyimpa kenderaan-kenderaan usang, terbiar dan begitu banyak longgokan rangka-rangka motorsikal, satu laporan telah dihantar ke MPN, bahagian Penguatkuasaan undang-undang. Mereka tleah menghantar notis-notis kepada kenderaan-kenderaan tersebut.  Sekiranya selepas tempoh dua minggu masih tiada tindakan ke atas kenderaan-kienderaan ini, pihak penguatkuasaan MPN akan menjadikan kenderaa-kenderaan tersebut besi buruk.

Pihak JMB berharap, agar pemilik kenderaan tampil da memberi kerjasama.



















Friday, September 18, 2015

GOTONG ROYONG DI ENTRANCE Part 3

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...


Inilah muka-muka yg pasti ada setiap kali gotong royong...
terima kasih En. Abdullah dn En. Gabriel
6hb September yg lepas kerja-kerja membersihkan kawasan di sekitar entrance Santalia. Mini gotong-royong ini hanya di hadiri muka-muka yg sama. Walau bagaimana, admin berasa berpuas hati kerana kerja-kerja berjaln dengan lancar walaupun ada masalah di pertengahannya di mana meter bomba patah kerana dihempap batang kelapa sawit. Ianya kejadian yang tidak disengajakan. Namun hikmah baik darinya, air yang mencurah-curah dari pili bomba itu, team gotong royong manfaatkan untuk membersihkan longkang yang tersumbat...


 

Kepenatan ke En. Abu?