Thursday, March 31, 2016

REPAIRING BLOCKAGE MAINHOLE AT BLOK B


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Kerja membaikki mainhole tersumbat...sepanjang JMB mengambil-alih pengurusan di Santalia Apartment ini, mainhole di blok B dah 3 kali tersumbat dan pelbagai sampah sarap dijumpainya antaranya barangan peribadi wanita, botol air plastik, tin air, dan macam-macam lagi.

Nota : Untuk makluman semua penghuni/penduduk...adalah menjadi tanggungjawap anda semua untuk membuang sampah sarap di tempat yang sepatutnya seperti di dalam tong sampah atau rumah sampah. Ini adalah perkara asas yang diajar oleh ibubapa kita dan di sekolah tentang kebersihan. Tambahan pula duduk di rumah bertingkat/berstrata seperti ini sifat bertimbangrasa perlu kuat dan jangan mementingkan diri sendiri. Apabila tersumbat bukan seorang individu yang akan terlibat malah semua orang yang duduk di blok atau kawasan itu yang akan terlibat. Jadi admin berharap buang lah sifat "selfish" tu. Admin yakin kita semua yang menduduki apartment Santalia ni sudah matang dan boleh berfikir mana yang baik dan tidak. Renung-renungkan dan Selamat beramal.












Mainhole yang telah dibersihkan

No comments:

Post a Comment