Tuesday, December 4, 2018

TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH (TTPR)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


1. Apakah bidang kuasa TTPR?
 
Bidang kuasa TTPR dihadkan kepada suatu tuntutan yang berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen. TTPR hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia.

   
2. Bolehkah pembeli rumah memfailkan tuntutan di TTPR jika projek perumahan itu terbengkalai?
 Tidak. Tuntutan hanya boleh difailkan setelah rumah atau apartmen berkenaan disiapkan atau perjanjian jual beli telah ditamatkan.
   
Apakah jenis tuntutan yang boleh difailkan? Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu ;
  i. Tuntutan Teknikal 
Tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan dan jika rumah atau apartmen tidak dibina mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli
   
  ii. Tuntutan Bukan Teknikal
  Tuntutan bagi kelewatan penyerahan milikan kosong
   
4. Berapakah jumlah maksimum yang boleh dituntut?
Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM50,000 melainkan pihak-pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.
   
5. Apakah tempoh masa untuk memfailkan tuntutan?
Semua tuntutan hendaklah difailkan tidak lewat 12 bulan dari -
 
-     tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);

-     tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau

tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran  CCC, yang mana terkemudian.
   
6. Apakah prosedur untuk memfailkan tuntutan?
Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di  Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.00

 i. Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan                        hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.

 ii. Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
  -   satu salinan perjanjian jual beli  

        -   Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal  

        -   satu salinan surat penyerahan milikan kosong - Tuntutan Bukan Teknikal/                           Tuntutan Teknikal 

  -   satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)  - Tuntutan Bukan Teknikal/                     Tuntutan Teknikal   

  -   sebut harga pembaikan oleh kontraktor - Tuntutan Teknikal

  -   satu salinan Borang Butiran TTPR (boleh dimuat turun dari laman sesawang                        Tribunal) hendaklah diisi dan diserahkan semasa pemfailan Borang 1

iii. Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah                        mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.

iv. Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta                    bayaran fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1            diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
 

7. Adakah pembeli rumah perlu mendapatkan kebenaran daripada pembiayaan sebelum memfailkan tuntutan di TTPR?
Tidak. Pembeli rumah perlu memaklumkan pembiaya melalui notis secara bertulis sebelum atau dalam masa 14 hariu selepas tuntutan difailkan di TTPR
   
8. Apakah yang harus dilakukan jika pemaju gagal untuk mematuhi award?
  Pembeli rumah boleh mengambil tindakan yang berikut:
 i. Tindakan Sivil
Pembeli boleh memaklumkan kepada TTPR dan TTPR akan mendaftarkan Award berkenaan di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Seksyen.
   
 
TTPR akan menghantar satu salinan Award yang telah direkodkan kepada pembeli rumah. Award yang direkodkan hendaklah dianggap sebagai perintah mahkamah dan pembeli rumah boleh melaksanakannya melalui tindakan sivil.

   
  ii. Tindakan Jenayah
Pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
   
Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA
No. Telefon    : 603 - 8891 4410

Emel : enforcement@kpkt.gov.my

Pemaju boleh didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Award.

TRIBUNAL PERUMAHAN STRATA (TPS)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dah lama admin tak update dalam blog JMB Pangsapuri Nilai Santalia ni. Kekangan masa yang menyukarkan admin untuk update blog ni. Perkara yang perlu diketahui oleh semua ahli JMB... jgn harapkan kepada AJK sahaja. Ilmu-ilmu berkenaan JMB ni masih banyak yang perlu diterokai.


1. Apakah bidang kuasa TPS?
Bidang kuasa TPS dihadkan kepada suatu tuntutan untuk mendengar dan menentukan apa-apa tuntutan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan jika jumlah keseluruhan yang berkenaan dengannya suatu award Tribunal diminta tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang ditetapkan untuk menggantikan jumlah keseluruhan itu.

2. Bolehkah isu yang sama difailkan di Tribunal dan mahkamah?
(i) Seksyen 106 dalam Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan bahawa jika suatu        tuntutan difailkan dengan Tribunal dan tuntutan itu adalah dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan itu tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika:-
  (a)    prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum tuntutan itu di                          failkan dengan Tribunal; atau
  (b) tuntutan di hadapan Tribunal ditarik balik, diabaikan atau dibatalkan.
   
(ii) Jika suatu tuntutan difailkan dengan mahkamah, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang baginya prosiding itu adalah berkaitan itu tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik, diabaikan atau dibatalkan.
   
3. Apakah jenis tuntutan yang boleh difailkan?
Tuntutan yang boleh difailkan adalah tuntutan yang dibuat berdasarkan empat belas (14) bidang kuasa Tribunal di bawah Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013.
   
4. Berapakah jumlah maksimum yang boleh dituntut?
 Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM250,000.
   
5. Apakah tempoh masa untuk memfailkan tuntutan?
Subseksyen 105(2) dalam Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan bahawa Akta Had Masa 1953 [Akta 254] tidak terpakai bagi prosiding Tribunal.
   
6. Apakah prosedur untuk memfailkan tuntutan?
Pihak yang ingin memfailkan tuntutan di Tribunal dinasihatkan untuk membuat aduan mengenai penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama kepada Pihak Pemaju/Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan (pihak yang bertanggungjawab untuk menyenggara dan menguruskan bangunan tersebut) dan Pesuruhjaya Bangunan masing-masing sebelum memfailkan tuntutan di Tribunal. Hal ini adalah kerana Pesuruhjaya Bangunan mempunyai kuasa untuk melaksanakan kewajipannya di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.
  Pihak Yang Menuntut hendaklah memfailkan 5 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TPS bersama dengan fi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM100 bagi kediaman atau RM200 bagi komersil/industri.
(Sekiranya terdapat lebih daripada seorang Pihak Penentang yang difailkan, mohon disertakan salinan tambahan Borang 1 bagi Pihak Penentang yang lain)
 i. Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan                        hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh Pihak Yang Menuntut.

 ii. Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
       -   Satu salinan dokumen, rekod, bahan atau harta (yang mana berkenaan)                            untuk menyokong tuntutan

            -   Bukti penyerahan Notis Pertama/Borang 11/Borang 20 hendaklah dikemukakan                   bagi tuntutan untuk Caj penyenggaraan

iii.   Dua salinan Borang Butiran TPS (boleh dimuat turun dari laman sesawang Tribunal)             hendaklah diisi dan diserahkan semasa pemfailan Borang 1.
 
Pihak Penentang hendaklah memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (sekiranya ada) dalam 5 salinan Borang 2, berserta bayaran fi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM100 bagi kediaman atau RM200 bagi komersil/industri dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada Pihak Yang Menuntut.