Friday, May 20, 2016

PERJUMPAAN PEMILIK

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

#throwback...26 March 2016

Pihak JMB telah mencadangkan satu tarikh di mana satu perjumpaan pemilik diadakan...tetapi malang sekali, kehadiran sangat mendukacitakan. Tujuan perjumpaan tersebut di samping untuk megeratkan silatulrahim.... adalah sebagai preAGM, ada beberapa perkara yang akan dibincangkan dan beberapa proposal dari JMC, mungkin dapat diputuskan dan akan dibawa ke mesyuarat AGM. Namun dengan kehadiran yang tidak memberangsangkan tersebut, JMC tetap dapat menyampaikan matlamat perjumpaan. 

Nota : Admin berharap semua pemilik dapat memberi kerjasama kepada setiap perjumpaan yang diadakan. Admin bukan adakan perjumpaan setiap bulan, tetapi setahun sekali sahaja, namun semua kita memang ada komitmen masing-masing, tetapi fikir-fikirkan seandainya kita mahu harta kita terpelihara dengan baik, siapakah yang layak untuk memeliharanya. Jangan beranggapan Maintenance Fee yang dibayar, kita merasakan ianya  cukup. Admin hanya mahu semua pemilik sedar apa itu JMB.....JMB adalah pemilik itu sendiri. Jangan harapkan orang lain untuk jaga harta benda kita, tetapi kita perlu bekerjasama dengan pemilik lain untuk turut sama menjaga harta benda kita. Untuk meningkat nilai harta kita, kita perlu jadikan harta kita ini berharga, gilap, kilat dan perindahkan. Tidak perlu hanya menunggu sesuatu keajaiban terjadi. Semua pemilik patut arif tentang perkembangan di Santalia Apartment suatu masa dahulu. Harap semua memahami apa itu JMB.... ianya adalah BADAN PENGURUSAN BERSAMA...so siapa yang menguruskan...of course PEMILIK itu sendiri, melainkan JMB itu kaya raya...boleh appoint management company dan PEMILIK-PEMILIK tak perlu buat apa-apa....tetapi tetap MAINTENANCE FEE perlu dibayar dengan sewajarnya. So MAMPUKAH JMB NILAI SANTALIA...buat masa ini? fikir-fikrikan dan selamat beramal!









Thursday, May 19, 2016

PENUTUP LUBANG KUMBAHAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Kerja memasang penutup lubang kumbahan (IWK) yang turut menerima yang sama iaitu hilang semasa di bawah pengurusan lama. Alhamdulillah budget untuk ini dapat dikumpulkan. 4 unit di blok B dan 1 unit di Blok A.... Harapan semoga penutup lubang kumbahan ini tidak hilang lagi. 






PEJABAT PENGURUSAN JMB NILAI SANTALIA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Ruangan Pejabat Urusan yang telah dicat semula. Mengumpul budget untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Tandas sahaja yang masih belum dibaikki. Admin berharap agar ada budget untuk itu. In sha Allah...JMB Nilai Santalia terpaksa merangkak sedikit demi sedikit untuk mendapat sesuatu mengikut kesesuaian yang perlu. Admin berpendapat masih banyak perkara penting yang perlu di dahului. Suka tidak suka, Pejabat Urusan perlu diperbaiki dengan sewajarnya demi keselesaan pekerja di kemudian hari kelak.












LALUAN SEHALA - arrow

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Peraturan laluan sehala di Santalia Apartment ini sebenarnya bukan perkara baru.... namun disebabkan tiada penguatkuasaan dan pantauan suatu masa dahulu, ianya menjadi habit/tabiat kepada semua penduduk di sini. Sebenarnya kalau penduduk di sini melihat semua itu dengan mata hati, sudah pasti peraturan-peraturan asas seperti ini tidak perlu diasak ke telinga masing-masing kerana semua sudah jelas...tanda laluan anak panah memang menunjukkan jalan sehala, tetapi apabila ada segelintir penduduk yang memang suka untuk melawan peraturan, tanpa memikirkan bahaya yang menanti. Admin sendiri telah beberapa kali terjebak dengan penduduk yang melawan perturan ini dan nyaris berlaku kemalangan. Sekarang masih tiada berlaku kemalangan yang serious tak apa...tetapi bila dah berlaku.... tak guna mencari salah siapa..tanggung je akibatnya.

Nota: Admin percaya bahawa apabila ramai penduduk melihat sesuatu peraturan dengan hati dan akal...in sha Allah semuanya akan dipermudahkan sama ada dari pihak penduduk mahupun pihak Pengurusan sendiri. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Kerja-kerja mengecat semula arrow

Biar jelas...


Laluan keluar



Tuesday, May 17, 2016

MESYUARAT AGUNG KE - 2

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Nota : Admin berharap majlis ini akan mendapat sambutan daripada semua pemilik. Kalau tidak dapat semua, at least separuh dari pemilik akan hadir. Ini untuk kepentingan semua pihak.




MEMBAIKI DAN DAN MENGGANTIKAN TUTUP MAINHOLE


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Semasa admin mengambil alih pengurusan, semua penutup mainhole hilang. Ianya memerlukan kos yang agak besar untuk kerja-kerja pembaikan. Admin cuba untuk menggunakan Duit yang ada dengan sebaik mungkin kerana masa pengambilalihan dari Developer sebelum ini, tiada satu sen duit pun yang diberikan kepada pihak JMB. Atas inisiatif admin dan Encik Abdullah, maka kami membuat cadangan untuk suntikan DANA JMB 2015 daripada semua pemilik aparment Santalia. Alhamdulillah...ianya mendapat persetujuan dari semua pihak. Maka JMB dapat bernafas kerana suntikan dana ini. Kalau nak harap kan Yuran Penyenggaraan (maintenance fee), memang tidak cukup memandangkan unit rumah di sini tidak banyak, iaitu hanya 110 unit termasuk rumah kedai dan unit yang diduduki sehingga hari ini 69 unit.  Unit-unit rumah kedai ianya tidak diduduki dan tidak dapat dikesan pemiliknya. 

Apa-apa pun admin sangat bersyukur kerana masih diberi jalan untuk menguruskan Apartment Santalia ini, walaupun ada terdetik seketika ianya sangat melelahkan admin sendiri kerana masa yang perlu dikorbankan. Tetapi admin berasa sangat gembira apabila apa yang admin usahakan mendapat perhatian dari semua pihak terutama penduduk yang pada mula tidak dapat bekerjasama dan beradaptasi dengan peraturan-peraturan baru. Alhamdulillah..... in sha Allah.... untuk melihat Santalia Apartment menjadi satu kediaman yang Bersih, Sihat dan Selamat akan terlaksana.

Nota : Di mana ada usaha...di situ ada jalan penyelesaian...dn selebihnya bertawakal...








RUMAH SAMPAH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Kerja-kerja mengecat dan memperindahkan rumah sampah telah dilakukan dan admin berharap agar semua penduduk faham akan kegunaan rumah sampah ini. Bukan semua orang dapat mengikut peraturan dengan sempurna. Namun admin yakin akhlak adalah asas dalam kehidupan manusia, tanpa akhlak tidak akan terbentuk insan yang baik dan bersahsiah tinggi. Dan basic kehidupan salah satunya adalah kebersihan dan yang pasti ianya perlu lahir dari hati individu (penduduk) itu sendiri. Sebaik mana sekali pun pengurusan tetapi penduduk itu sendiri mengabaikan asas penting iaitu akhlak tentang kebersihan ianya tidak akan membawa ke mana-mana. 

Peraturan membuang sampah ini bukan sahaja telah diajar sedari kecil oleh ibu bapa malah di sekolah-sekolah dan di univerisiti dan peringkat kehidupan bermasyarakat sekali pun memang telah ditekankan akan kepentingan menjaga kebersihan dan cara membuang sampah. Dan admin yakin setiap insan dalam Santalia Apartment ini (penduduk)  itu sendiri tahu ke mana dan di mana mesti dibuang sampah-sampah tersebut. Rasanya sebanyak mana sekali signboard, banner dan pelbagai paparan iklan diletakkan di dalam kawasan Santalia Apartment ini, tetapi penduduk itu sendiri tidak berakhlak dan menganggap membuang sampah merata-rata adalah perkara biasa...maka ianya tetap sama dan tidak akan ke mana-mana. Jangan sekali penduduk itu bermimpi untuk menjadikan apartment tempat tinggal mereka bersih dan selamat. Kenapa? kerana semua ini memerlukan sokongan dan kerjasama semua penduduk bukan individu tertentu atau pihak pengurusan sahaja. Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Nota : Terima kasih admin ucapkan kepada semua individu yang sentiasa menolong admin dalam admin menguruskan Santalia Aparment ini. Sejujurnya ini adalah pengalaman yang sangat berharga kepada admin bila mana mengambil pengurusan untuk menguruskan Santalia Apartment yang pada ketika admin terima dalam keadaan yang sangat tidak terurus. Terima kasih kepada penduduk yang telah bekerjasama dan mengikut peraturan asas yang sepatutnya memang telah sedia ada cuma tiada penguatkuasaan dan pantauan. In sha Allah... admin berharap akan ada kesinambungan dari semua pemilik-pemilik lain dalam meneruskan pengurusan ini demi merealisasikan Santalia menjadi tempat yang bersih, sihat dan selamat.