Wednesday, July 29, 2015

HIDUP...TAPI DALAM TONG SAMPAH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Alhamdulillah...entri kali ini... admin ingin sangat memaparkan akan sikap penduduk di Pangsapuri Nilai Santalia. Membuang sampah merata-rata... rumah smapah telah disediakan, notis telah ditampal dan akhirnya dikoyak. Ini ingin menunjukkan sikap protes kepada JMB. Tidak mengapa... apa2 pun sikap protes yang ingin dan tleah ditunjukkan oleh penduduk ianya bukan memberi impak kepada JMB sahaja tetapiu kepada seluruh unit Pangsapuri ini... Fikir2kanlah wahai penduduk Pangsapuri Nilai Santalia....Apa-apa pun hidup tanpa bersikap memang tidak ke mana..... Kalau skrg anda buat begitu , lambat laun tidak mustahil generasi anda juga bersikap begitu... bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..... Kata kunci pada entri kali ini KEBERSIHAN....  Sebaik sahaja Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil alih pengurusan, perkara pertama yang JMB/JMC lakukan adalah GOTONG ROYONG PERDANA.

Memang ada orang yang tidak kisah hidup di tempat yang kotor, ada orang tidak tahu yang dia tinggal di tempat yang kotor, ada orang suka biarkan orang lain tinggal di tempat yang kotor.  Ada orang yang sengaja jadikan tempat tinggal mereka sebagai tong sampah. Mereka sesenang hati dan sepuas hati membuang sampah dan membuat kotoran di tempat tinggal mereka sendiri. Inilah orang yang hidup dalam TONG SAMPAH.

Sikap penduduk yang suka hidup dalam tong sampah, atau tidak kisah kalau hidup dalam tong sampah menambahkan lagi  kerumitan terutama kepada BADAN PENGURUSAN BERSAMA.... Buatlah macam mana, buatlah pelbagai aktiviti gotong royong tetapi ada segelintir penduduk yang tidak menjaga sikap membuang sampah merata-rata, ikut suka hatinya sahaja.. inilah yang akan merumitkan kerja pengurusan JMB. Kesedaran untuk hidup dalam BERSIH ini yang tidak ada lagi dalam masyarakat di Pangsapuri Nilai Santalia, dan ramai orang yang tidak ambil kisah, dan tak ambil peduli dan tidak ambil peruah mengenai perkara seperti ini.

Nota: Di Pangspuri Nilai Santalia.... terdapat segelintir penduduk yang menentang kewujudan JMB... mereka membuang sampah dan sengaja membuang sampah untuk menunjukkan protes mereka kepada JMB. Tetapi malang sekali, mereka tunjuk protes pada tempat yang salah. Macam mana protes pun JMB adalah satu Badan yagn diperakui dan dilindungi oleh AKta 757. Jadi tak payah buat provokasi banyak2, tiada menguntungkan sesiapa. Kepada penyewa... minta muhasabah diri JMB ini adalah satu Badan yg diiktiraf Kerajaan. Tak Payah susah2 tunjuk perasaan dan pelbagai perasaan. Sama2 jaga tempat di mana kita duduk/tinggal bukan tunjuk samseng tak bertempat.

Biar gambar berbicara....
Keadaan yg memang menjijikkan...

Apabila penduduk menunjukkan sikap protes kpd JMB tidak bertempat...

Notis peringatan sudah diberi... dikoyakkan... peraturan tidak
diikuti. Jgn salahkan JMB atas perkara ini......

Lihat...sampah yang dihumabnkan dari tingkat atas...



Buang sampah dari tingkat atas...

Rumah sampah telah disediakan, tapi di sini jgk nak buang

Lihatlah...mana2 pun ada sampah

Lihatlah...bagaimana sikap penduduk

Notis larangan buang samapah dikoyakkan.

Kucing memang banyak... ini pun jadi satu masalah...
Lihatlah..... turunkan sampah dengan tali... Inilah sikap penduduk..

Saturday, July 25, 2015

CORAT CORET METER AIR SAINS

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Bercakap mengenai meter SAINS... aduhai macam-macam kerenah birokrasi yang pihak JMB terpaksa hadapi. Admin sendiri berulang-alik ke pejabat SAINS saja dah beberapa kali kemudian diminta suruh pergi ke Ibu Pejabat SAINS seremban 2 pula.... memang banyak hal dengan permohonan meter SAINS. Pada mulanya admin pergi buat permohonan, admin diberitahu bahawa meter pukal Developer, New View Development telah bertunggak sebanyak 47K, pihak SAINS bahagian pemotongan telah mendapat arahan untuk memotong bekalan air. Oleh kerana itu, pihak JMB meminta agar diberi penangguhan kerana pihak JMB baru sahaja mengambil alih pengurusan. Oleh dasar itu, pihak SAINS telah meminta agar pihak JMB membuat surat permohonan dengan kadar segera kepada Pengarah SAINS.  

Surat permohonan telah dihantar berhubung penangguhan pemotongan tersebut sehingga meter SAINS JMB selesai proses permohonannya. Kami dimaklumkan bahawa proses permohonan Meter SAINS telah diluluskan dan meminta agar datang untuk membuat pembayaran deposit. Belum sempat Pihak JMB buat bayaran deposit, selang beberapa hari, pihak JMB mendapat panggilan dari SAINS bahawa permohonan JMB untuk meter pukal terpaksa ditangguhkan. Encik Mohd Roslan Bin Hamzah dari SAINS telah meminta agar pihak JMB berjumpa pengarah SAINS dengan secepat mungkin untuk berbincang.

Admin dan Pengerusi telah membuat temujanji dan akhirnya kami berjumpa dengan Pengarah SAINS, Tn. Hj. Wan Rasdi bin Wan Ismail di Pejabat Pengarah SAINS Seremban 2. Admin ringkaskan intipati perbincangan kami ............... beliau menyatakan permohonan kami ini tidak dapat dibuat melainkan Pihak Developer, New View Development Sdn. Bhd. membayar jumlah tunggakan atau Pihak JMB yang membayar semua jumlah tunggakan tersebut. Admin berasa sangat tidak puas hati dan lontarkan pendapat bahawa pihak JMB baru sahaja mengambil alih pengurusan dengan kosong (0) dana yang ditinggalkan oleh Pemaju, mana mungkin pihak JMB mampu untuk melunaskan tunggakan tersebut dan pihak JMB tidak akan membayar jumlah tunggakan berkenaan kerana ianya adalah atas nama pemaju bukan nama Badan Pengurusan Bersama (JMB). Namun, beliau tidak mengendahkan dan tetap dengan keputusan bahawa proses pemotongan bekalan akan dilakukan selepas Hari Raya nanti. Malah beliau menasihatkan pihak JMB mendesak Developer untuk membayar tunggakan tersebut. Secara peribadi admin merasakan tindakan Pengarah tersebut seperti menjadikan pihak JMB "kambing hitam" bagi mengutip jumlah tunggakan tersebut. Persoalannya:
1. Kenapa pihak JMB yang perlu menanggung jumlah tunggakan tersebut? 
2.Kenapa jumlah tunggakan tersebut tidak dikutip sedari awal daripada Pemaju memandangkan jumlah tersebut sangat besar, 47K? 
3. Tidak kah SAINS ada garis panduan untuk memotong mana-mana client yang tidak membayar dalam kadar masa tertentu?

Kami keluar dari bilik Pengarah dengan rasa agak terkilan, namun admin tidak akan rasa berpuas hati setakat itu. In sha Allah... pasti ada jalan. Pada ketika entri ini ditulis, admin sedang menanti keputusan dari SPAN berhubung permasalahan meter SAINS ini. In sha Allah, mengikut kata tukang paip... masalah Pangsapuri Nilai Santalia ini akan dapat di atasi. In sha Allah.

As at 25 July 2015... Pihak JMB masih menanti jawapan dari SAINS.... dan sehingga kini bekalan air masih dibekalkan kepada semua penduduk.

PROGRAM GOTONG-ROYONG 5 JULAI 2015 Part 2

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...
#throwback.....

Entri kali ini...admin belanja gambar di sekitar program gotong royong.....

Tempat yg telah dirancangkan bagi perasmian bersama PEMIMPIN
Ermm... puas hati... walaupun budget sikit...
mampu siapkan tempat perasmian seadanya. 
Antara JMC dan penduduk yg menjayakan program ini
Semua sabar menanti PEMIMPIN...
Hi... nak sabit apa tu, En. Abdullah?

Chairman JMB .... Encik Zahiruddin
Mana PEMIMPIN ni?
Terima kasih En. Shariff...antara pemilik yg hadir
Apa tu, En. Abu? Dah dtg ke YB kita?
Kerja keras...En. Abdullah....

Seronok juga sekali sekali main sabun.....

Cuci...cuci....... kerja jangan curi tulang ye....
Kerja... kerja... jgn x kerja...

Hi...Pn. Hanizah letih nampak...nak minum..puasa ye...

TERIMA KASIH DAUN KELADI...
SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI.

ACARA GOTONG ROYONG PERDANA 2015 Part 1

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...
#throwback.....

Alhamdulillah... ACARA GOTONG ROYONG PERDANA 2015, telah berjalan dengan jayanya. Walaupun agenda JMB tidak kesampaian seperti yang dirancangkan, namun kami bersyukur bahawa masih ada segelintir pemilik dan penduduk yang MENGHARGAI program ini. Dukacita sekali kerana Tema gotong royong ini adalah PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT.... tetapi PEMIMPIN tidak hadir... secara peribadi admin berasa sangat tidak wajar kerana kehadiran YB Adun Labu, Dato' Haji Hashim Bin Rosdi telah disahkan oleh PA nya sendiri pda 3hb Julai 2015. Pihak JMB berasa sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran beliau, tetapi pada hari yang dinantikan beliau tidak kunjung tiba. Malah admin sendiri menghubungi Pilotnya Encik Yusri, tetapi tidak ada jawapan. Berkali-kali admin hubungi tetapi masih tidak mendapat jawapan. Admin juga menghubung no personal YB tetapi tidak dijawap. AKhirnya kami membuat keputusan untuk teruskan program kira-kira jam 9:30 pagi. Memandangkan program pada bulan Ramadhan, jadi "kick off" perlu dijalankan seawal yang boleh..... alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Apa-apa pun, secara peribadi admin tetap merasakan bahawa tindakan YB Adun Labu adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Kalau pun beliau tidak dapat hadir, maklumkanlah kepada pihak JMB kerana persediaan sudah tentu pasti telah diatur oleh Pihak JMB kerana PA beliau telah mengesahkan kehadiran. Rakaman percakapan beliau juga ada admin simpan...(manalah tau kalau ada yg tidak percaya... I Dunno.). Mungkin tulisan admin akan membuat sesiapa yg berkenaan terasa tetapi ianya memang benar. Sikap pemimpin yang sebegini serba sedikit akan memberi impak besar kepada rakyat jelata. SIAPALAH PEMIMPIN TANPA RAKYAT JELATA. Masa nak pilihanraya nanti bukan pemimpin yang akan vote, tetapi rakyat! 

Pihak JMB merakan ribuan terima kasih kepada: 
1. MAJLIS PERBADANAN NILAI, Unit Perlesenan, Encik Zahiruddin dan support team nya yg telah hadir dan menjayakan program gotong-royong ini.

2. PERBADANAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

3. ENCIK ABDULLAH & FAMILIES

4. MR. PETER TAN AND GROUP

5. PUAN HANIZAH

6. PUAN VASUGI & FAMILIES

7. ENCIK GABRIEL KARL

8. MR. LOH KENG PENG

9. PUAN FARAHIZAH & FAMILIES

10. ENCIK MOHD SHAIFULL 'ADHAM

11. ENCIK ABU SAMAH BIN JONIT 

12. ENCIK SHARIFF BIN MAHMOD

13. ENCIK MOHD NOR (A-2-09) DAN SEORANG PENDUDUK yg tidak sempat sy tanya nama.

Nota : Admin berharap program seperti ini mendapat sedikit tempat di hati setiap pemilik dan penduduk... ke arah KOMUNIT BERSIH, SIHAT & CERIA!

Friday, July 24, 2015

BUAL SANTAI.... MAINTENANCE OH MAINTENANCE

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Alhamdulillah.... secara rasminya Badan Pengurusan Bersama telah mengambil alih pengurusan di Pangsapuri Nilai Santalia. Secara dasarnya, hampir semua pemilik faham akan kewujudan Badan Pengurusan Bersama (JMB) ini. Ada juga yang tidak faham, tetapi akhirnya apabila diberi kesedaran, alhamdulillah mereka faham. NAMUN MASIH RAMAI LAGI, PEMILIK YANG TIDAK DAPAT DIKESAN.

Pada admin, hidup ini mudah, kalau tidak tahu bertanya dan kalau tahu buat sesuatu untuk memperbaikki apa yg perlu dibaiki atau ditambahbaikkan. Bukan menyerang atau mengadu domba antara satu sama lain. 

Update terkini, 24 July 2015, hanya seramai 19 unit sahaja yang telah membayar Maintenance Fee... (dgn yuran penyenggaraan sebegitu, bolehkah menyenggara bangunan, sekuriti, cleaner dan clerk? Mohon fikir2kan....

Kalau pemilik tahu, dan faham akan JMB dan ahli JMC yang aktif ini mereka akn rasa perlu berterima kasih tak terhingga kepada ahli2 JMC yg aktif ini. Mereka  (JMC aktif) bkn dibayar gaji, atas semua ini tetapi mereka semua ini buat atas kepentingan bersama..... menjaga hak milik sendiri dan juga orang lain dan menuntut agar Developer membuat proses permohonan strata secepat mungkin. Menjaga bangunan dari segi kebersihan dan keselamatan, ianya bukan kerja yang mudah, terpaksa menggunakan tenaga dan memberikan masa kepada perkara-perkara JMB ini. Jadi admin berharap walau pun JMB ini ada anggota JMC nya...jangan biarkan hanya anggota JMC ini yg memikul segalanya... tetapi turut sama ambil tahu kerana harta ini milik anda semua bukan anggota JMC semata-mata. Ada banyak perkara lagi yang perlu diuruskan di Pangsapuri Nilai Santalia ini. Anggota JMC terpaksa berhadapan dengan kerenah penduduk yang tidak bertanggungjawap, dan pelbagai sikap NEGATIF yang perlu ditangani dari masa ke semasa.

Di harap semua pemilik sedar dan faham bahawa JMB itu adalah PEMILIk SENDIRI, jangan hanya berharap org lain yg perlu jaga harta kita, tetapi sama-samalah turun  padang. Sama-sama ambil tahu. Yang jauh berikan bantuan sekadar mampu, yang dekat datang menjenguk dan bertanya khabar dan memberi idea-idea baru, jangan asyik menunding jari kepada anggota JMC.... kalau rasa anda@pemilik mampu buat yang lebih baik, jadi masa AGM nanti datang...calonkan diri..... sendiri je lah yang jd JMC .... 

Apa-apa pun admin berharap, semoga dipermudahkan segalanya.

KE ARAH KOMUNITI BERSIH SIHAT DAN CERIA.... in sha Allah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1436H/2015

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

PIHAK JMB MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 


Wednesday, July 1, 2015

PASCA PERALIHAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Gambar-gambar yang admin nak belanja... ini adalah wajah-wajah PANGSAPURI NILAI SANTALIA semasa melalui pasca peralihan ini. Sisa-sisa yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu....












JMB SECARA RASMI MENGAMBIL-ALIH PENGURUSAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum.... salam sejahtera...

Alhamdulillah 1hb Julai 2015.... BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI NILAI SANTALIA dengan secara rasmi mengambil alih pengurusan daripada Pemaju.  Admin diserang sekali lagi dengan ancaman... mengkhianati kereta milik admin...namun admin doakan "orang yang berbuat khianat" kepada admin diberi balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Mungkin di dunia mereka akan lepas tetapi tidak di AKHIRAT sana. Sesungguh ALlah SWT amat adil seadil adilnya. .Tungguuuuuuuuuuuuu.....

Sebelum hari ini.....Alhamdulillah, namun semuanya dapat diuruskan dengan baik... banyak perkara yang telah admin dan team JMC yang aktif lakukan.... walau pun banyak cabaran...in sha ALlah kalau Allah SWT izinkan pasti ianya akan terjadi mengikut perancanganNya jua. Kali ini admin sekali lagi telah diberi ancaman oleh "puak-puak" yg tidak suka dengan kewujudan JMB ini. Rasa seperti "down" juga admin rasa tetapi berkat dari org2 yg sangat sayang dan prihatin dgn admin... akhirnya hari ini admin mengorak langkah seterusnya. Admin sedar untuk melakukan sesuatu yang baik bukan semua orang suka, orang suka mengkritik tetapi tidak pernah untuk memberi solusi. Ikutkan hati admin mahu je admin cakap... dah lah saya nak tolong property anda banyak pulak hal...dah ada property tak tahu pula nak jaga... nak harap orang jaga tetapi tidak tahu bekerjasama.... yang penyewa tak sedar diuntung, dah lah kita nak jadikan tempat ni indah, cantik dan bernilai tinggi dia pulak suka-suka hati nak mengata-ngata kita.... dah lah bukan pemilik banyak bunyi pulak.....haaaaaaa.....itu ayat yang ingin admin lontarkan ketika sedang beremosi tetapi ianya tidak pernah keluar dari mulut admin.... Admin sedar semuanya akn berlalu seperti ditiup angin sahaja. In sha Allah perancangan Allah SWT adalah yg terbaik.... admin yakin pasti ada "SESUATU"  dalam diri admin, maka Allah SWT telah memilih admin menjadi "perintis" kepada JMB ini. In sha Allah.

Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya datang dari Allah سبحانه وتعالى. Sekalipun sesuatu yang sukar, boleh menjadi mudah jika Allah سبحانه وتعالى mengkehendakinya. Apa-apa pun semoga segala perncang berjalan dengan baik.

Perkara baik dipermulaan hari yg baik adalah urusan penukaran meter pukal berjalan lancar, yang mana admin diberitahu bahawa pihak SAINS hampir memotong bekalan air oleh pemaju kerana pemaju telah tertunggakan hutang sebanyak 47K. Semalam admin telah berjumpa pihak SAINS, dan hari ini berjumpa dengan pegawai atasan SAINS untuk meminta penangguhna pemotongan bekalan sehingga meter pukal JMB selesai. Alhamdulillah semua nya dipermudahkan.

Penukaran nama meter pukal juga begitu. Akhirnya Penukaran meter telah mendapat kelulusan TNB. Alhamdulillah.

ADMIN INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA INSAN YANG SANGAT ISTIMEWA BUAT DIRI ADMIN....Suami dan anak-anak.... MEREKA SANGAT-SANGAT MEMAHAMI.... AKAN TANGGUNGJAWAP ADMIN INI.

Nota : In sha Allah....admin akan buat #throwback PASCA PERALIHAN... admin akn belanja gambar-gambar yg dpat memberi cerita tanpa bahasa....